Syarikat penghantaran makanan cekik darah

Sebaran :

Syarikat penghantaran makanan cekik darah, tekan rakyat, peniaga dan pemandu

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin meminta kerajaan agar mengambil tindakan tegas kepada syarikat penghantar makanan yang saban hari menaikkan caj tanpa sedad kepada peniaga dan juga pelanggan.

“Saya melihat aplikasi laman sesawang yang dibuka setiap hari, harga yang dicaj kepada rakyat tidak masuk akal dan saban hari ada sahaja peningkatan harga tanpa disedari oleh pelanggan.

“Ya, memang kita boleh memilih samada mahu membeli ataupun tidak, tetapi waktu sekarang rakyat dikurung dan terpaksa duduk dirumah tidak boleh keluar membeli, memyebabkan mereka terpaksa juga menggunakan khidmat penghantar,” katanya.

Rungutan juga kata beliau terima daripada peniaga di mana mereka tidak menyangka yang syarikat penghantar menaikkan harga mengikut kehendak syarikat melebihi 30%-70% harga makanan sebenar. Harga ini pula tidak termasuk kos penghantaran dan ditambah lagi caj cukai dan lain-lain. Ada juga yang meminta pembeli membeli memberikan tips kepada penghantar makanan. Walaupun diminta secara sukarela dan ikhlas, tetapi ibarat mereka ingin lepas tangan sahaja.

“Saya dimaklumkan juga, yang syarikat penghantar ini akan mengurangkan bayaran penghantar dan sebagainya.

“Saya meminta agar pihak kerajaan dan berwajib segera ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat penghantar ini atau menarik lesen perniagaan mereka.

“Kesianlah pada rakyat, peniaga yang terpaksa ikut undang-undang syarikat tanpa boleh bersuara dan juga penghantar yang bertungkus lumus berkhidmat untuk syarikat terbabit,” katanya. SM

Syarikat penghantaran makanan cekik darah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan


Sebaran :

Leave a Reply