Apa status kompaun selepas Ordinan Darurat batal

Apa status kompaun selepas Ordinan Darurat batal

Apa status kompaun terhadap rakyat selepas Ordinan Darurat batal, soal Pemuda Umno

Pemuda Umno mempersoalkan apakah status segala kompaun dan denda yang dikenakan ke atas rakyat selepas Ordinan Darurat dibatalkan susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan di Parlimen bahawa ia dibatalkan sejak 21 Julai lalu.



Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengumuman Takiyuddin bahawa Ordinan Darurat dibatalkan pada 21 Julai lalu dan kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meneruskan Proklamasi Darurat mengundang pelbagai persoalan, kekeliruan dan kecurigaan.

“Pertama, tindakan kerajaan yang dilihat tergesa-gesa mengumumkan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat semacam mengesahkan pendirian Umno bahawa Ordinan ini mesti dibahas dan ditentukan keabsahannya dalam Parlimen sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 150 (3).

“Kedua, tindakan kerajaan yang tidak mengumumkan pembatalan melalui pewartaan yang jelas lebih awal, mencetuskan tanda tanya apakah benar Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pembatalan tersebut kerana hanya baginda yang mempunyai kuasa meluluskan dan membatalkan Ordinan-ordinan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Asyraf juga mempersoalkan status segala operasi pentadbiran, perbelanjaan dan penggunaan wang Kerajaan tanpa mengikut Bajet sejak 21 Julai 2021 lalu.



Malah implikasi ke atas status kerajaan turut dipertikaikan, selepas pembatalan ordinan-ordinan Darurat, lantaran Parlimen dibiarkan tidak bersidang selama enam bulan sebagaimana Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Apakah implikasi ke atas status kerajaan hari ini lantaran Parlimen yang dibiarkan tidak bersidang selama enam bulan sebagaimana Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan.

“…Sedangkan sebelum ini Peguam Negara menjadikan alasan kewujudan Ordinan Darurat yang mengatasi Perlembagaan sepanjang tempoh darurat.”

Dalam pada itu, beliau berkata Pemuda Umno bagaimanapun menyambut baik pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat ini yang seiring dengan pendirian parti itu sebelum ini.



Menurutnya, pembatalan tersebut membuktikan bahawa Proklamasi Darurat adalah dasar yang gagal kerana ternyata lebih membawa mudarat kepada rakyat dan negara.

“Proklamasi Darurat adalah dasar yang gagal dan sia-sia.

“Lebih memudaratkan rakyat dan negara termasuklah implikasinya kepada kebejatan ekonomi dan keterabaian dalam memelihara kebajikan rakyat termasuk perlaksanaan kompaun-kompaun yang melampau dan bersifat ‘dwistandard’,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan menasihati Agong untuk mengisytiharkan darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos.



Beliau turut memaklumkan Dewan Rakyat, kerajaan akan membatalkan semua Ordinan Darurat yang dibuat semasa ia diisytiharkan. FMT

Apa status kompaun selepas Ordinan Darurat batal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tanpa desakan UMNO, mustahil darurat ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker