Long Tiger jalani kuarantin, pendakwaan tangguh

Long Tiger jalani kuarantin, pendakwaan tangguh. Pendakwaan terhadap seorang lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger di Mahkamah Majistret Tangkak sepatutnya dilaksana pada Ahad ditangguhkan kerana suspek perlu menjalani kuarantin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, Long Tiger dipercayai mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti Covid-19.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Long Tiger akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak pada Ahad.

Ayob Khan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor mengesahkan, Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk melakukan pendakwaan kes ke atas Long Tiger selepas meneliti kertas siasatan.

Long Tiger ditahan polis dalam satu serbuan di Muar kerana dipercayai terlibat dalam kes mengurung bekas pekerjanya.

Suspek berkenaan direman empat hari bermula pada 13 Julai lalu.

Long Tiger jalani kuarantin, pendakwaan tangguh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ahli parlimen buat laporan polis terhadap Menteri – menteri kerajaan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker