Ahli parlimen buat laporan polis terhadap Menteri – menteri kerajaan

Ahli parlimen buat laporan polis terhadap Menteri – menteri kerajaan. Sekumpulan ahli parlimen dan aktivis membuat laporan polis terhadap Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan menteri-menteri berkaitan yang menurut mereka “cuai” dalam menangani wabak Covid-19 yang kian memburuk di Malaysia.

“Malangnya kerajaan telah gagal melaksanakan tugas dan langkah mengekang penularan wabak Covid-19 dan menghalang lebih ramai rakyat daripada menjadi mangsa pandemik ini.

“Setelah meneliti data Kementerian Kesihatan (KKM) dan meneliti undang-undang sedia ada, saya ingin memohon polis untuk menyiasat menteri kesihatan dan mana-mana enteri lain yang dipertanggungjawab dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 304A Kanun Keseksaan.



“Ini kerana saya mendapati wujudnya kecuaian jenayah dalam menjalankan tugas menteri sehingga mengakibatkan penularan wabak Covid-19 dalam komuniti yang membahayakan nyawa serta mengakibatkan kematian,” menurut laporan itu yang dibuat pagi ini di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur.

Tujuh ahli parlimen yang membuat laporan polis adalah Azis Jamman (Sepanggar), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Kelvin Yii (Bandar Kuching), Charles Santiago (Klang), Hannah Yeoh (Segambut), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud). Aktivis yang turut serta adalah Ambiga Sreenevasn dan Marina Mahathir.

Seksyen 269 Kanun Keseksaan adalah berkenaan “perbuatan cuai yang mungkin merebakkan penyakit yang berhaya kepada nyawa”, manakala Seksyen 304A berkenaan “menyebabkan kematian dengan cuai”.

Ahli parlimen buat laporan polis terhadap Menteri – menteri kerajaan



 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 Zaid Ibrahim cabar MP Umno duduk sebelah pembangkang jika tidak menyokong kerajaan



 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker