Sidang Parlimen minggu hadapan penghinaan pada perlembagaan

Sebaran :

Sidang Parlimen minggu hadapan penghinaan pada perlembagaan. Veteran DAP Lim Kit Siang berkata kertas aturan persidangan khas Parlimen pada Isnin ini adalah “paling tidak wajar” dan satu “penghinaan” perlembagaan Malaysia.

Beliau berkata ia tidak menyediakan ruang perbahasan dan undian selepas kenyataan menteri dan ia hanya taklimat semata-mata yang bukan persidangan sebenar dalam Parlimen.

“Persidangan khas Parlimen ini tidak bermaksud aturan mesyuarat, amalan gerak kerja dan konvensyennya boleh dilanggar. Speaker menolak usul oleh Ahli Parlimen Bruas Ngeh Koo Ham untuk membatalkan Proklamasi dan Ordinan Darurat.

“Ini membuat ejeken terhadap perlembagaan dan asas-asas prinsip monarki perlembagaan berdasarkan demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Speaker sepatutnya memastikan aturan mesyuarat, amalan gerak kerja dan konvensyen itu dipatuhi dalam mesyuarat khas itu.

Selepas enam bulan berehat, Dewan Rakyat dijadualkan bersidang semula bermula Isnin dengan taklimat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut agenda persidangan lima hari itu, taklimat akan disusuli dengan sesi soal jawab di mana ahli Parlimen boleh mendapatkan penjelasan dan memberi pandangan berhubung perkara terbabit.

Empat lagi menteri kemudiannya akan memberi taklimat mengenai perkara tertentu dan memberi maklum balas terhadap isu yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen.

Menteri itu ialah Menteri Kesihatan Dr Adham Baba (maklum balas kerajaan terhadap Covid-19), Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin (mengenai program vaksinasi negara), Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (pakej bantuan kerajaan) dan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob (pelaksanaan Darurat).

Semua 12 ordinan darurat akan dibawa ke persidangan itu termasuk pengisytiharan darurat, penggunaan Kumpulan Wang Amanah Nasional (KWAN) dan standard minimum untuk penginapan pekerja).

Sidang Parlimen minggu hadapan penghinaan pada perlembagaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau minta RM100, dia bagi tak?

 


Sebaran :

Leave a Reply