Mahkamah tolak sambung reman 4 lelaki mabuk tendang, gigit polis

Mahkamah tolak sambung reman 4 lelaki mabuk tendang, gigit polis

AMPANG – Perintah sambung reman polis ke atas empat lelaki mabuk yang menendang dan menggigit polis sehingga cedera semasa tangkapan telah ditolak oleh mahkamah pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, keempat-empat suspek tempatan itu telah dihadapkan ke mahkamah majistret sekitar 10.30 pagi tadi bagi proses sambung reman.



“Bagaimanapun mahkamh majistret menolak permohonan sambung reman yang dipohon polis ke atas empat individu itu.

“Berikutan keputusan terbaharu itu, polis akan melengkapkan proses dokumentasi dan membebaskan keempat-empat suspek ini dengan jaminan polis sementara kita akan melengkapkan kertas siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, usaha memburu dan menangkap suspek kelima yang telah melarikan diri masih diteruskan.

Katanya, suspek yang sudah dikenalpasti identitinya diyakini akan dicekup secepat mungkin bagi membantu siasatan kes tersebut. MG



Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 secara percuma atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.



Mahkamah tolak sambung reman 4 lelaki mabuk tendang, gigit polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syed Saddiq mewah masa jadi menteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker