Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu di Kelantan

Sebaran :

Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu di Kelantan

Sekumpulan peniaga durian dari Kelantan merentas negeri ke Selangor dan Johor untuk mendapatkan bekalan raja buah itu mencetuskan kluster baharu di negeri pantai timur terbabit.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK), Dr Zaini Hussin berkata kluster baharu yang dikenali sebagai kluster Kampung Baru Bukit Kecil Labok di Machang membabitkan jangkitan individu di sekitar Machang dan Kota Bharu.

Beliau berkata, 12 kes positif dikesan hasil saringan ke atas 38 individu sehingga semalam.

Katanya, seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Julai lalu selepas mula bergejala tiga hari sebelumnya.

“Dia mempunyai rekod merentas negeri ke Selangor dan Johor pada 10 hingga 15 Julai bersama sekumpulan peniaga durian lain untuk mengambil serta menghantar bekalan durian,” katanya dipetik Harian Metro.

Zaini berkata, kluster Kerilla juga ialah kluster rentas negeri membabitkan Tanah Merah dan Klang di Selangor.

Beliau berkata, kes indeks ialah seorang lelaki berusia 38 tahun yang dilaporkan positif 22 Julai lalu hasil saringan selepas pulang dari kawasan berisiko tinggi.

“Kes indeks ini mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Kelantan pada 11 Julai untuk menghadiri majlis pengebumian adiknya sebelum pulang ke Selangor empat hari kemudian.

“Sehingga kini, hasil ujian saringan ke atas 23 individu mendapati sembilan daripadanya positif dan ujian saringan kontak rapat akan diteruskan.”

Semalam, Kelantan merekodkan enam kluster komuniti dan 372 kes baharu. FMT

Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu di Kelantan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syed Saddiq mewah masa jadi menteri


Sebaran :

Leave a Reply