GST perlu dikembalikan, mampu hapus pasaran gelap – DPMM

SHAH ALAM – Kerajaan dicadang untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan GST bagi menghapuskan pasaran gelap selain membantu meningkatkan perniagaan Bumiputera.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, pelaksanaan semula GST adalah penyelesaian paling penting kerana kerajaan tidak lagi bergantung kepada cukai korporat dan boleh diturunkan sekiranya kewangan negara kembali kukuh.

“Sekarang ini kita kalau boleh mahu kerajaan banteras ekonomi gelap kerana ada individu tidak membayar cukai, membuatkan pendapatan kerajaan rendah.

“Ia dilihat mampu menghapuskan pasaran gelap disebabkan banyak kartel dan individu yang lari cukai tidak dapat berbuat demikian kerana GST merupakan rejim cukai paling efisien,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula GST yang dimansuhkan sebelum ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan mengutamakan strategi untuk meluaskan sumber hasil negara termasuk membangunkan cukai keuntungan modal yang bakal dilaksanakan pada 2024.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker