Lelaki mati terbaring depan rumah

Lelaki mati terbaring depan rumah

PETALING JAYA – Luluh hati orang ramai apabila melihat satu klip video berkaitan kematian seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh diri di Sekichan, Sabak Bernam hari ini.

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman Facebook I Love Sungai Besar itu memaparkan mayat seorang lelaki sedang terbaring di hadapan sebuah rumah.



Pada masa sama, kelihatan beberapa anggota polis baru sahaja sampai di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas mayat berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila kejadian itu berlaku dan lokasi tepat kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Superintendan Agus Salim Mohd Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian.

Bagaimanapun, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan klip video yang tular itu.



“Setakat ini tiada laporan yang kita terima, tetapi kita akan jalankan siasatan lanjut,” ujarnya.

Susulan tular video berdurasi 24 saat itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai reaksi pada ruangan komen dan berharap siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



Lelaki mati terbaring depan rumah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syed Saddiq mewah masa jadi menteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker