Ketua Pemuda PH kritikal akibat Covid-19

Ketua Pemuda PH kritikal akibat Covid-19

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas disahkan positif Covid-19 awal minggu ini.

Setiausaha Pemuda Amanah, Asim Abdullah Ainullotfi berkata, Shazni yang juga Ketua Pemuda Amanah kini dalam Kategori 4, iaitu menghidap radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen.



Katanya, isteri dan anak Shazni yang turut disahkan positif Covid-19 sedang dikuarantin di rumah, sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak berkuasa kesihatan.

“Kami mohon doa dan sokongan daripada semua agar kondisi beliau segera pulih. Dalam masa sama, bagi meringankan bantuan keluarga beliau berhadapan ujian ini, mana-mana sahabat yang ingin membantu boleh disalurkan bantuan terus kepada isteri beliau,” katanya dalam catatan Facebook.

Mereka yang mahu membantu keluarga Shazni boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank isteri Shazni 1642 2155 9968 (Maybank).

Isnin lalu, Shazni mengumumkan dirinya positif Covid-19 selepas mengalami demam panas dan sakit di seluruh badan. FMT



Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 secara percuma atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.



Ketua Pemuda PH kritikal akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syed Saddiq mewah masa jadi menteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker