Syed Saddiq lancar tabung untuk bayar kos guamannya

Syed Saddiq lancar tabung untuk bayar kos guamannya

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menghadapi dua tuduhan di mahkamah semalam, memulakan kempen pendanaan awam (crowdfunding) untuk membantunya membayar kos guaman dan juga wang ikat jamin sebanyak RM330,000.

Menerusi akaun media sosialnya malam tadi, Syed Saddiq memaparkan poster kempen tersebut dan dia bersiaran secara langsung selama 1 jam 18 minit.

Dalam sesi itu Syed Saddiq sekali lagi menegaskan dia tidak bersalah atas tuduhan rasuah dan meminta penyokongnya berkongsi rakaman video itu serta menyumbang kepada dana berkenaan.

Malaysiakini tidak dapat melaporkan secara terpeinci kandungan video tersebut kerana berisiko melakukan subjudis terhadap perbicaraan di mahkamah.

Semalam, Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menyalahgunakan dana Bersatu berjumlah RM1.12 juta.

Bagi pertuduhan pertama, dia dituduh menyalahgunakan wang Bersatu itu melalui cek CIMB Bank, di CIMB Bank, KL Sentral, Kuala Lumpur, pada 6 Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara curang menyalahgunakan dana yang dikumpulkan Armada – bernilai RM120,000 – yang sepatutnya digunakan pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Bekas menteri belia dan sukan itu mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas kedua-dua tuduhan berkenaan.

Mahkamah membenarkan Syed Saddiq diikat jamin sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun hakim membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk membayar RM80,000 daripada ikat jamin itu semalam manakala bakinya dijelaskan selewat-lewatnya Selasa depan. Mk

Syed Saddiq lancar tabung untuk bayar kos guamannya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bayaran pertama KWSP i-Citra mulai 2 dan 5 Ogos

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker