TH di bawah BNM tindakan ‘main-main’, separuh masak

Sebaran :

TH di bawah BNM tindakan ‘main-main’, separuh masak. ALHAMDULILLAH, tiba lagi Hari Raya Aidiladha atau dikenali juga sebagai Hari Raya Korban atau Raya Haji walaupun ini adalah tahun kedua kita tidak dapat merayakannya seperti biasa kerana penularan wabak. Mungkin ini juga adalah satu pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menjaga nyawa sebagai sebahagian dari tuntutan agama ‘Menjaga Nyawa’.

Namun, Raya Haji pada tahun ini juga ada kelainannya sedikit kerana kita sedang gusar dengan perkembangan dan nasib Lembaga Tabung Haji yang dikatakan akan diletakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia yang bakal menyenaraikannya sebagai ‘prescribed Islamic financial institution’ di bawah seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, cadangan kerajaan ini mendapat bantahan ramai pakar kewangan dan perbankan Islam selain tokoh-tokoh masyarakat Islam yang gusar dengan langkah yang dikira ‘separuh masak’ ini. Mengapa ‘separuh masak’? Anda boleh rujuk ulasan panjang lebar saya mengenai perkara ini.

Sebagaimana tuntutan ‘Menjaga Nyawa’ seperti mana dalam prinsip maqasid syariah, ‘Menjaga Harta’ adalah sesuatu yang terkandung dalam prinsip tersebut. Apatah lagi apabila ianya melibatkan harta jutaan umat Islam yang menyimpan untuk pergi haji dan agenda memperkasa ekonomi umat Islam. Maka, perkara ini tidak boleh dibuat main-main dan ‘separuh masak’.



Selain itu, menjaga harta umat Islam dari ‘tangan-tangan jahat’ adalah sesuatu yang sangat perlu ditekankan. Oleh kerana itu, kita menyokong usaha RCI oleh pihak kerajaan terhadap pengurusan dan operasi Tabung Haji. Ahli-ahli politik dan mereka yang berkepentingan perlu dibersihkan dari Tabung Haji.

Kesimpulannya, jangan sampai kesilapan kita pada hari ini, menyebabkan anak cucu cicit kita rugi dan sebuah institusi Islam yang pernah unggul di persada dunia, akhirnya dikecil serta direndahkan skopnya menjadi seperti bank semata-mata. Sangatlah rugi.

Ayuh pertahankan Tabung Haji sebagai institusi Islam yang unggul.

Selamat Hari Raya Korban, jangan sampai Tabung Haji terkorban!



Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

TH di bawah BNM tindakan ‘main-main’, separuh masak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Moratorium hanya tangguh, bukan percuma


Sebaran :

Leave a Reply