Penerjun hilang kepala kerana kecuaian juruterbang

Penerjun hilang kepala kerana kecuaian juruterbang

PARIS: Kecuaian seorang juruterbang Perancis membawa padah apabila dia diharamkan untuk menyertai mana-mana penerbangan selepas mengakibatkan kepala seorang penerjun udara terpotong kerana terkena sayap pesawat.

Portal BBC melaporkan, mangsa, Nicolas Galy, 40, terbabit nahas itu beberapa saat selepas terjun dari sebuah pesawat pada Julai 2018.



Juruterbang yang tidak dinamakan itu didapati bersalah pada Selasa lalu, atas kesalahan pembunuhan tanpa niat.

Berikutan itu, juruterbang berkenaan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Montauban.

Persatuan Sekolah Skydiving Midi-Pyrénées, yang juga majikan kepada juruterbang itu didenda 20,000 euro (kira-kira RM102,222) atas kesalahan berkenaan.

Menurut akhbar Le Parisien, selepas mangsa membuat terjunan, pesawat itu mula terbang rendah ke arah landasan.



Sebelum penerjun udara itu melompat keluar dari pesawat, tiada perbincangan mengenai trajektori yang akan dilalui pesawat.

Memetik fakta perbicaraan pada 19 September lalu, peguam bela mangsa, Emmanuelle Franck, kesal apabila mendapati banyak kelalaian atau kecuaian. BH

Penerjun hilang kepala kerana kecuaian juruterbang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker