Lelaki meroyan hina polis atas kesalahan sendiri ditahan [VIDEO]
Perbuatan seorang lelaki yang menghina polis dalam sebuah video berdurasi 15 minit 42 saat yang dimuat naik menerusi akaun Facebook membawa padah selepas dia ditahan di rumahnya di Bandar Sri Damansara, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 29 tahun itu merakam video secara langsung sambil membuat provokasi kepada pegawai yang mengeluarkan kompaun kepadanya kerana tidak memakai pelitup muka.
Menurutnya, selepas dikenakan kompaun RM1,500, suspek yang tidak berpuas hati masih meneruskan rakaman video tersebut sambil menghamburkan kata-kata kesat dan mempertikaikan tugas polis.
“Bertindak atas maklumat, sekitar jam 10 malam hari sama sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menahan suspek.
“Semasa proses tangkapan hendak dibuat, sekali lagi suspek membuat rakaman video dan memuat naik di laman media sosial yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sehubungan itu, Mohamad Fakhrudin berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa satu yang ditetapkan dan masyarakat digesa agar tidak membuat spekulasi berkenaan video yang tular berkenaan.
Lelaki meroyan hina polis atas kesalahan sendiri ditahan [VIDEO]
Baca Artikel Menarik :
- Polis cari warga asing solat sunat Aidiladha luar surau
- Pemuzik cedera perut ditikam penagih
- Polis kesan keluarga panjat palang besi lari dari kawasan PKPD
- Osman Sapian bidas Puad, Jaga UMNO bukan BersatuBersatu
- Ratusan ‘Solat Raya’ luar surau, Polis mohon maaf terlepas pandang [VIDEO]
- Asia Tenggara medan perang terburuk pandemik COVID-19
Shahidan ingatkan Zahid, UMNO menang besar jika kerjasama dengan PN
You must be logged in to post a comment.