Ifa Syukur Dapat Dos Pertama Pfizer [VIDEO]

Ifa Syukur Dapat Dos Pertama Pfizer

Ifa Syukur Dapat Dos Pertama Pfizer

Puas dihentam, dimaki netizen kerana dikatakan memilih vaksin Covid-19, akhirnya Ifa Raziah berjaya juga menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer.

Katanya di Instagram, dia sangat bersyukur proses suntikan vaksin itu berjalan lancar di sebuah pusat perubatan di Hospital Islam Az-Zahrah di Bangi pada Isnin.



Dia juga berterima kasih kepada semua staf atas layanan baik yang diberikan kepadanya.

“Jadi, warga netizen dan selebriti yang tak habis-habis mencaci hina Miss Diva pasal isu vaksin sejak minggu lepas, ini untuk anda!

“Kalau dah rezeki tertulis, buatlah macam mana sekalipun tetap akan dapat juga. Tak payahlah nak dengki, iri hati, busuk hati, busuk perut dengan rezeki orang lain.

Ifa Syukur Dapat Dos Pertama Pfizer



“Buanglah perasaan jijik tu dalam diri memasing. Miss Diva tak pernah pun nak kacau hidup korang yang sedih tu,” tulisnya.

Dalam masa sama, Ifa turut memberi serba sedikit penjelasan mengenai salah faham berhubung isu jarum suntikan yang ditukar.

“Sebelum ni ada yang persoalkan pasal jarum, ada yang ingat nak tipu korang! Biar Miss Diva terangkan ya kau dengar sini bebaik Miss Diva nak cakap.

“Jarum hijau yang besar sikit tu digunakan untuk menyedut cecair vaksin keluar dari botol tu. Pastu tukar dengan jarum oren yang halus tu untuk cucuk di lengan kita.



“Vaksin tak tukar, hanya kepala jarum saja yang ditukar dua kali. Semua orang melalui prosedur yang sama ya ketika nak vaksin. Kau faham tak apa yang Miss Diva cakap ni? Kata kau bijak pandai, takkan tak faham kot?” ujarnya.

Namanya sebelum ini panas menjadi sebutan ramai kerana memuat naik video membatalkan temu janji suntikan Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Ifa kemudian menjelaskan dia disarankan doktor bertugas supaya mendapatkan vaksin jenis Pfizer bagi mengelak alahan teruk selepas keadaan kesihatannya diperiksa.

Ifa Syukur Dapat Dos Pertama Pfizer


Baca Artikel Menarik :



Lawati Eacebook kami


Ifa Raziah tolak vaksin selain Pfizer



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker