Rose Blackpink cipta kejayaan luar biasa

Rose Blackpink cipta kejayaan luar biasa

Rose Blackpink cipta kejayaan luar biasa

PENYANYI kumpulan BLACKPINK iaitu Rosé terus melakar kejayaan menerusi single solonya berjudul On The Ground yang kini meraih lebih 200 juta tontonan di YouTube.

Single terbabit yang dilancarkan pada 12 Mac lalu hanya mengambil waktu kira-kira empat bulan untuk mencapai angka tontonan yang cukup mengujakan itu.



Malah, kejayaan itu turut menyaksikan Rosé sebagai penyanyi pertama Korea Selatan yang berjaya mencapai jumlah tontonan lebih 200 juta, pada tahun ini.

Jumlah tontonan

Rosé juga dilaporkan, antara penyanyi wanita terpantas meraih jumlah tontonan muzik video sebanyak 100 juta dalam waktu singkat.

Tidak hanya itu, single On The Ground juga mencipta rekod baharu apabila menduduki tontonan tertinggi dalam tempoh 24 jam, ketika pelancaran muzik video nyanyian penyanyi jelita itu.

Rosé yang kini berada di Los Angeles untuk karya muzik terbaharunya, sekali lagi berkongsi berita gembira apabila single solo kedua berjudul Gone turut berjaya mencapai 100 juta tontonan pada 5 Julai lalu.



Sementara itu, kemunculan Rosé dalam program Sea of Hope terbitan JTBC menawan perhatian ramai penonton, pada bulan lalu.

Ketika itu, dia muncul menyanyikan lagu milik penyanyi Amerika Syarikat iaitu John Mayer berjudul Slow Dancing In A Burning Room bersama Onew SHINee dan Lee Su-hyun AKMU.

Penampilannya dalam program berkenaan bukan saja mendapat pujian peminat, malah menerima maklum balas sangat positif daripada pemilik asal lagu itu, Mayer yang memuji Rosé dalam Twitter.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasihnya, Mayer mengirimkan hadiah istimewa berupa gitar kepada Rosé seperti yang dikongsikan penyanyi itu dalam Instagramnya, baru-baru ini.



“Hidup saya sudah sempurna. Terima kasih @johnmayer,” tulisnya ringkas.

Gitar berwarna merah jambu lembut, edisi Silver Sky yang dihadiahkan Mayer itu, diakui Rose sungguh istimewa buat dirinya.

Rose Blackpink cipta kejayaan luar biasa


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami




Revolusi luar biasa BLACKPINK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker