Peguam Negara perlu dedah nasihat kepada Lembaga Pengampunan – Peguam Jenayah

Seorang peguam jenayah hari ini menggesa Peguam Negara (AG) Ahmad Terrirudin Mohd Saleh mendedahkan nasihat yang diberikannya kepada Lembaga Pengampunan berhubung hukuman Najib Razak.

Bercakap dalam wawancara di radio pagi ini, Goh Cia Yee berkata Terrirudin adalah individu penting dalam lembaga itu dan pendirian bertulisnya diambil kira lembaga.

Namun, dia berkata orang ramai masih tidak mengetahui pendirian yang diambil Terrirudin berhubung permohonan pengampunan yang dibuat Najib.

“AG biasanya memberi pandangan bertulis kepada Lembaga Pengampunan. Jadi sebenarnya pandangan itu perlu diambil kira juga.

“Apa (kandungan) pandangan bertulis ini, kita tak begitu pasti,” katanya ketika wawancara bersama penyampai radio BFM, Wong Shou Ning.

Menurut Goh, tiada duluan berkenaan AG atau Lembaga Pengampunan memaklumkan kepada orang awam berkenaan sebab atau asas keputusan yang dibuat.

Namun, katanya lagi, sama ada AG boleh diminta untuk berbuat demikian atau tidak masih boleh dibawa ke mahkamah memandangkan ia membabitkan kepentingan awam.

“Kita ingin tahu apa pendirian AG dalam Lembaga Pengampunan. Walaupun tiada undang-undang yang secara khusus menyatakan AG perlu berbuat demikian, apa yang kita boleh buat mungkin menulis surat untuk meminta (dia berbuat demikian).

“Jika AG enggan, maka kita boleh mulakan semakan kehakiman atau seumpamanya untuk lihat jika mahkamah boleh mengarahkan AG untuk menyatakan pandangannya kepada orang awam,” katanya lagi.

Pandangan itu disokong seorang lagi ahli panel, P Gunasegaram yang berpendirian sebab di sebalik pengurangan hukuman Najib adalah isu kepentingan awam dan perlu didedahkan.

“Ini memberi kesan kepada pendirian kita menentang korupsi.

“Jika anda ada perdana menteri yang cukup korup dan diberi pengampunan, apa jenis isyarat yang ditunjukkan kepada orang lain?” soal penulis buku 1MDB:The Scandal That Brought Down A Government itu.

Kumpulan G25 dalam kenyataan hari ini turut menggesa Terrirudin untuk mendedahkan nasihat yang diberikannya kepada Lembaga Pengampunan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada mulanya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabit bersalah dalam kes rasuah RM42 juta SRC International.

sabitan dan hukuman itu kemudian dikekalkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Pada minggu lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman itu kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker