Kecurian REE turut berlaku di Kampung Bendang Man

Kecurian REE turut berlaku di Kampung Bendang Man

Kecurian unsur nadir bumi (REE) di negeri ini didakwa tidak hanya berlaku di kawasan milik Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Sebaliknya menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kecurian bahan berharga itu turut berlaku di satu lagi kawasan milik anak syarikat kerajaan negeri (GLC) tersebut di Kampung Bendang Man, Sik.

Tanpa mendedahkan bila kecurian itu berlaku, Saifuddin berkata, beberapa tangkapan telah dilakukan oleh pihak berkuasa dengan lima guni REE turut dirampas daripada pihak disyaki terlibat.

“Kejadian terbaharu ini berlaku di luar kompartmen 12 Hutan Simpan Bukit Enggang iaitu dalam Ladang MBI Kedah – Felcra Bhd. di Kampung Bendang Man. Saya difahamkan atas nama eksplorasi, telah dikeluarkan hampir lima guni lagi REE dari kawasan itu.

“Pihak polis sudah mengambil tindakan dan ada tangkapan dilakukan selain rampasan lima guni REE. Berapa ramai yang ditahan setakat ini, itu kena tanya polis,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat PKR negeri di sini, hari ini.

Bersabit dengan perkara itu katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor selaku Pengerusi MBI perlu memberi penjelasan mengapa Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah, Muhamad Sobri Osman boleh mengeluarkan surat bertarikh 3 Mei 2023 kepada Jangka Bakat Minerals Sdn. Bhd. untuk masuk ke tanah milik mereka di Kampung Bendang Man itu dengan tujuan melakukan penerokaan. K Online

Kecurian REE turut berlaku di Kampung Bendang Man

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker