Malang jika kerajaan tak berani pertahan Dasar Pendidikan

Malang jika kerajaan tak berani pertahan Dasar Pendidikan. Pelik! Sudahlah tidak mahu berada dalam sistem dan dasar pendidikan kebangsaan, tetapi mahu pula menuntut keistimewaan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam permohonan ke institusi pendidikan tinggi (IPT).

Ketua Wanita BERJASA, Johor, Azizah Che Awang berkata, jika sekolah persendirian Cina mahu kerajaan mengiktiraf sijl UEC, maka pihak itu wajar mengikuti sistem pendidikan kebangsaan.

Jelasnya, langkah itu boleh dilakukan dengan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sepenuhnya dan bukan hanya mata pelajaran tertentu sahaja.

Biarpun begitu, Azizah tertanya-tanya sama ada UEC sudah diiktiraf susulan melihat iklan pengambilan khas calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil UEC bagi tahun 2021.

Katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC walaupun pada hakikatnya UEC telah mendapat pengiktiran sebahagian (partial recognition) untuk program PISPM dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina untuk SJKC di Institusi Perguruan Guru Malaysia (IPGM) sejak 2012 lagi.

Katanya lagi, jika benar UEC telah diiktiraf sejak 2012 bagi program PISMP, bererti telah ramai graduan Bahasa Cina yang mengajar di SJKC di seluruh negara.

“Bayangkan jika mereka yang tidak terdidik di bawah silibus atau kurikulum kebangsaan sebaliknya menggunakan silibus dari luar menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah.

UEC warisan vernakular Cina zaman penjajahan Inggeris

“… tidak mustahil benih-benih pemikiran anti bahasa kebangsaan, anti sejarah Tanah Melayu, anti-Dasar Pendidikan Kebangsaan dan anti-Dasar Perpaduan negara terus bercambah.

“Jadi bolehkah kita mengharapkan jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi dari pelajar-pelajar ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Dalam perkembangan sama, Azizah menegaskan, para akademik di tanah air ramai yang menolak pengiktirafan sijil UEC kerana bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Justeru katanya, amat malang bagi rakyat jika kerajaan tidak berani mempertahankan apa yang terkandung di dalam Dasar Pendidikan dan Perlembagaan serta membaiki kesilapan lalu.

“Benarlah kuasa autoriti yang dimenangi pemimpin melalui peti undi belum tentu ianya benar-benar berkuasa jika mereka tiada keberanian, integriti serta mempunyai pengaruh dalam bidang-bidang lain seperti media, ekonomi, jaringan hubungan (dalam dan luar negara) teknologi dan sebagainya.

“Ia dilihat seperti ada tangan-tangan ghaib yang menguasai atau janji ghaib yang mengikat,” katanya.

Serentak itu juga, beliau menggesa agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuat tindakan penambahbaikan segera berhubung masalah ini.

“Do the right thing agar hati rakyat yang sedang dihimpit kesulitan hidup kesan pandemik COVID-19 terubat apabila melihat pemimpin negara tegas dan komited dalam menjalankan tanggungjawab dan menyantuni keperluan rakyat,” katanya.

Malang jika kerajaan tak berani pertahan Dasar Pendidikan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahkamah Rayuan bebaskan, kerajaan rayu lagi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker