Nak Tahu Usia Kucing Anda… Beruban, Mata Keruh Antara Caranya

Nak Tahu Usia Kucing Anda… Beruban, Mata Keruh Antara Caranya

PENTING untuk pemilik kucing mengetahui usia haiwan kesayangan mereka bagi memastikan keperluan dan kehendak mereka dapat dipenuhi dalam memastikan ia mendapat kualiti hidup yang baik.

Kebiasaannya pemeriksaan di klinik veterinar secara menyeluruh dapat membantu mementukan usia kucing dan doktor haiwan akan melihat beberapa bahagian tubuh dalam mengenal pasti usianya yang sebenar.



Berikut adalah beberapa cara untuk mengetahui usia kucing anda.

Gigi Kucing

1. Gigi

Gigi susu pertama kucing akan tumbuh di antara usia dua sehingga empat minggu. Dengan melihat giginya, pemilik boleh mengetahui berapa usianya.

Gigi kekalnya pula akan tumbuh di atas gigi susu dan ketika ia mencecah usia tiga ke empat bulan, gigi kekal ini akan menggantikan gigi susu.



Biasanya gigi kekal ini akan tumbuh sepenuhnya ketika kucing memasuki usia enam bulan. Selepas daripada usia ini, maka cara mengenal pasti usianya adalah menerusi karang dan kotoran pada giginya.

Bagaimanapun, dengan pelbagai produk pembersih gigi haiwan, ia tidak lagi boleh menjadi indikasi tepat dan bergantung kepada cara penjagaan oleh tuannya.

Kucing

2. Kematangan seksual

Kucing jantan akan mencapai kematangan seksual ketika berusia enam bulan. Ia akan mula menunjukkan tanda-tanda seperti alat sulit yang lebih menonjol.



Kucing betina pula biasanya akan mengalami kematangan itu di antara usia lima dan sembilan bulan. Seekor kucing betina juga akan memberitahu ia bersedia mengawan melalui suara dan bahasa tubuhnya.

Bagaimanapun kucing betina hanya akan subur ketika usianya mencecah 18 bulan hingga lapan tahun.

Bulu Kucing

3. Pertumbuhan bulu

Bulu kucing juga dapat menentukan usianya. Bulu anak kucing sangat halus dan lembut tetapi seiring dengan pertambahan usianya, ia menjadi tebal dan kasar.



Bulunya juga boleh berubah warna menjadi lebih gelap atau terang. Apabila ia semakin dewasa, bulunya juga boleh tumbuh uban seperti manusia.

Meskipun itu bukan jaminan menentukan usianya, tetapi keadaan itu dapat membantu doktor mengenal pasti usianya yang sebenar.

Mata kucing

4. Mata

Kucing yang sihat memiliki mata jernih dan cerah namun ketika usianya meningkat, matanya akan berubah menjadi keruh, mudah mendapat jangkitan dan mengeluarkan cecair seakan-akan tahi mata.



Ini biasa terjadi pada kucing yang berusia lebih daripada 10 tahun.

Nak Tahu Usia Kucing Anda… Beruban, Mata Keruh Antara Caranya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




[VIDEO] Kucing Buta Kini Popular Di Internet dan Media Sosial

[VIDEO] Netizen Tersentuh Hati Lihat Gelagat Ibu Kucing Gonggong Anak Sakit Ke Hospital

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker