Semarak BMF, MP digesa belanja peruntukan bakul makanan di kedai muslim

Sebaran :

Semarak BMF, MP digesa belanja peruntukan bakul makanan di kedai muslim. Kerajaan sepatutnya menggesa peruntukan RM300,000 untuk setiap Ahli Parlimen bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan supaya dibelanjakan di kedai atau pasaraya milik peniaga muslim.

Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Ustaz Masridzi Sat berkata, melalui langkah itu secara tidak langsung dapat membantu usahawan Melayu, Islam dan menyemarakkan kembali kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF).

Beliau berkata, nasib kebanyakan usahawan muslim boleh diselamatkan jika kempen itu dimanfaat oleh kerajaan, khususnya dalam melaksanakan Bantuan Bakul Makanan atau Bakul Prihatin Negara.

“Jika pemimpin gunakan peruntukan dengan cara yang betul, tentu usahawan kita yang tengah tenat bahkan ada yang bankrap akibat PKP dan COVID-19 dapat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen, termasuk wakil rakyat pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan.

Bantuan Bakul Makanan dilaksanakan bagi tujuan membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Semarak BMF, MP digesa belanja peruntukan bakul makanan di kedai muslim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Anak jadi pemuas nafsu bapa ketika PKP


Sebaran :

Leave a Reply