[VIDEO] Netizen Tersentuh Hati Lihat Gelagat Ibu Kucing Gonggong Anak Sakit Ke Hospital

IZMIR: Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seekor ibu kucing membawa dua anaknya yang sakit ke pusat kesihatan.

Video yang menjadi viral itu menunjukkan ibu kucing berkenaan datang setiap hari ke pusat kesihatan di wilayah Izmir, Turki untuk mendapatkan rawatan buat anak-anaknya.

Difahamkan, anak-anak kucing itu tidak dapat membuka mata akibat jangkitan, lapor Reuters.
Ketika kali pertama si ibu kucing membawa anaknya ke pusat kesihatan, petugas di sana tidak memahami apa yang berlaku.

Namun setelah menyedari anak kucing itu sakit, mereka mula merawat haiwan tersebut.

Si ibu kucing pula, setelah menyedari anaknya mulai sembuh, terus membawa si comel ke pusat rawatan berkenaan sehinggalah ia pulih daripada jangkitan.

 

Detik-detik ini dirakam petugas di pusat kesihatan itu yang nyata gembira melihat gelagat si ibu kucing dan anak-anaknya.

Dilaporkan ketiga-tiga kucing itu diambil untuk dipelihara oleh seorang pencinta haiwan yang tersentuh hati setelah menonton video tersebut.

[VIDEO] Gelagat Zizan Razak Terserempak Dengan Ular Sawa Di Tengah Jalan Raya Undang Pelbagai Respon Dari Netizen 🤣🤣

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker