Presiden MIC nasihat penganut Hindu henti ‘hina Dewa’ sendiri


Presiden MIC SA Vigneswaran mengingatkan penganut Hindu di negara ini mengenai pembangunan kuil-kuil mereka.

Katanya, struktur baru kuil tidak boleh berisiko dirobohkan kerana status tanah yang dipertikaikan.

Vigneswaran dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-74 berkata isu-isu mengenai tapak kuil Hindu tidak boleh menjadi faktor pemisah antara masyarakat India dan yang lain.

“Perkara ini perlu diselesaikan dengan tuntas. Untuk masa depan kuil, kita tidak boleh menghina Dewa kita dengan membuatkannya pecah.

“Siapa yang menghina Dewa kita? Kita sendiri. Kerana kita tidak mengikuti prosedur (dalam pembinaan) dan kemudian menyalahkan orang lain untuk itu,” katanya.

“Masalah ini perlu diselesaikan sekali dan selamanya. Generasi muda tidak seharusnya menghadapi masalah ini.

“Untuk bersikap adil, bahkan di India kita tidak memiliki patung Dewa Muruga sebesar di sini,” tambahnya.

Komuniti Hindu, kata Vigneswaran, mesti berhenti membina kuil tanpa mempertimbangkan status tanah berkenaan, dan kemudian mengharapkan bantuan ketika menghadapi masalah yang sering menyebabkan perobohan atau pemindahan secara paksa.

“Janganlah kita menjadi golongan fundamentalis (agama). Malaysia sebuah negara yang indah.

“Kami mahu masalah itu diselesaikan dan kita semua perlu menyelesaikannya,” kata bekas speaker Dewan Negara.

Vigneswaran juga berkata MIC akan mengumpulkan semua parti politik India untuk mencari penyelesaian yang komprehensif untuk menangani masalah ini.

‘Masalah dengan PAS’

Dalam ucapannya, Vigneswaran juga menyentuh hubungan MIC dengan PAS, berkenaan janji Parti Perikatan Nasional untuk tidak memusnahkan kuil Hindu di negeri-negeri yang pimpinan PAS.

“Saya harap kerajaan Kedah akan mengambil langkah untuk memastikan bahawa sebelum tindakan drastik diambil, beri kami peluang untuk menyelesaikan masalah kuil.

“Ini supaya hubungan antara kerajaan negeri dan MIC tidak terjejas,” katanya.

Mengenai perobohan kuil hindu pada 1 Dis lalu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan ianya “isu undang-undang, bukan isu perkauman, agama atau diskriminasi.”

Menurut Sanusi, langkah perobohan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah itu dibuat supaya tataletak setiap binaan struktur di semua tempat patut berada pada tempatnya secara sah dan terkawal menurut garis undang-undang dan pentadbiran yang diletakkan di bawah agensi kerajaan.

Pada masa itu, Timbalan Presiden MIC M Saravanan dilaporkan menuduh Sanusi melanggar janji untuk memaklumkannya jika ada kuil yang akan dirobohkan di negeri itu.

Sementara itu, Vigneswaran juga menimbulkan kebimbangan mengenai rancangan PAS untuk menggubal Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Presiden MIC juga membidas gesaan PAS supaya SPR melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya supaya mewujudkan lebih banyak kerusi parlimen Melayu Islam.

“Sekali lagi, ini (penciptaan kerusi baru) membuktikan bahawa dalam permainan politik berdasarkan realpolitik, PAS hanya berusaha memenuhi objektif partinya untuk menubuhkan negara Islam,” katanya. Mk

Bekas exco, Pemuda MIC kritik belanjawan Kedah isu ‘dana’ kuil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker