Ringgo Arrow dibenarkan keluar wad

Selepas dua hari dirawat, bekas vokalis kumpulan Arrow, Ringgo dibenarkan keluar dari wad Hospital Tengku Anis (HTA) hari ini.

Ringgo atau nama sebenarnya,Mohd. Zain Ramli, 51, dirawat di wad lelaki hospital itu kelmarin apabila mengalami kesukaran untuk bernafas sebelum disahkan menghidap jantung bengkak dan berair.

Menurutnya, dia dibenarkan pulang ke rumah pada pukul 10 pagi tadi selepas pemeriksaan doktor mendapati keadaan kesihatannya semakin baik.



“Saya perlu mendapatkan rawatan susulan pada 18 April depan. Saya mahu berehat daripada sebarang kerja sementara waktu sehingga keadaan kesihatan benar-benar pulih.

“Mengikut perancangan, kedai roti canai yang diusahakan oleh saya akan dikendalikan oleh anak, Nur Muhammad, 24,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Ringgo, dia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kenalan dan peminat yang mendoakan kesembuhan sepanjang dirawat di HTA.



Kosmo! Online semalam melaporkan, Ringgo disahkan menghidap jantung bengkak dan berair selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di HTA di sini kelmarin.

Dia yang terkenal dengan lagu berjudul Aku Tak Marah telah dibawa ke wad kecemasan hospital itu pada pukul 8 pagi selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

Ringgo mula sukar bernafas ketika berada di Kuala Lumpur pertengahan bulan lepas untuk menyelesaikan beberapa urusan undangan persembahan nyanyian yang tergendala akibat penularan wabak Covid-19.

[VIDEO] Otai Masih Berbisa…Penebar Roti Canai Perform Menyanyi Sambil Menebar, “Steady abang tarik…”



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker