Polis cari Sajat kes tipu maklumat kad pengenalan

Polis cari Sajat kes tipu maklumat kad pengenalan

Polis sedang mengesan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan penukaran maklumat dalam kad pengenalan.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Sajat yang juga seorang saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Feb.



Sajat yang kini menetap di Australia merupakan saksi penting dan sudah dua kali tidak hadir sebutan semula kesnya pada tahun lepas.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Sajat yang beralamat terakhir di Jalan Polo Country Club, Kota Damansara bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit.

Sebelum ini media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal hadir tanpa sebab dalam sebutan semula kesnya pada 23 Feb tahun lalu.

Sajat turut dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas. FMT



Polis cari Sajat kes tipu maklumat kad pengenalan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie



Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker