Isu TH: Menteri tak jawab persoalan rakyat, timbul banyak tanda tanya

Isu TH: Menteri tak jawab persoalan rakyat, timbul banyak tanda tanya

MENTERI Kewangan telah memberi respon terhadap kegusaran rakyat terhadap isu cadangan meletakkan Lembaga Tabung Haji (LTH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM). Namun, saya kira banyak persoalan rakyat tidak terjawab malah lebih banyak persoalan baru juga yang timbul.

Berikut ialah ulasan saya terhadap setiap poin ‘penjelasan’ Menteri Kewangan itu.



1. Menteri berkata:

“Kerajaan terus mendokong teguh ketetapan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung Islam sebagai agama Persekutuan. Sehubungan dengan ini, Kerajaan akan tetap menjadikan Tabung Haji (TH) sebagai agensi unggul khususnya dalam pengurusan jemaah haji bagi menunaikan rukun Islam yang kelima.”

Jawapan saya:

Dalam prinsip Maqasid Syariah, ada 5 perkara yang perlu dijaga selain memelihara agama (Hifzu-Ddin), iaitu menjaga harta (Hifzul-Maal). LTH adalah jelas sebagai sebuah institusi yang menjaga harta umat islam bukan sekadar menjaga pengerjaan ibadah haji.



2. Menteri berkata:

“Sekalipun dalam cadangan model baharu operasi, Kerajaan komited bahawa simpanan pendeposit TH dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan (sepertimana ketetapan S 24 (1) Akta 535), walaupun Kerajaan memutuskan TH akan dikawalselia BNM. Pendekatan ini adalah sama seperti BSN yang dikawalselia oleh BNM di mana simpanan pendeposit masih dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan.”

Jawapan saya:

Isunya bukan simpanan dijamin atau tidak tetapi adakah dengan meletakkan di bawah seliaan BNM maka, LTH akan dapat berfungsi sebagaimana yang ada sekarang ini iaitu melakukan pelbagai aktiviti perniagaan? Sebagaimana yang terkandung didalam objektif asal penubuhan LTH.

3. Menteri berkata:

Kajian semula model operasi TH bertujuan memastikan kemampanan dan daya maju TH di masa hadapan. Semakan semula Akta 535 adalah bagi memastikan aspek tadbir urus, integriti dan reputasi ditambahbaik sebagai asas perlindungan lebih kukuh bagi para pendeposit. Apa-apa kelebihan dan hak semasa pendeposit akan tetap dipelihara.⠀



Jawapan saya:

Jika ‘governance’ yang menjadi isu, maka solusinya tak semestinya ia perlu diletakkan berada di bawah BNM sahaja. LTH perlu diperkemaskan SOP dan sistem pentadbirannya. Perkara ini boleh dilakukan di dalam struktur LTH sahaja, bukan bawah BNM. Sebagai contoh, letakkan syarat dalam Akta TH 1995 bahawa ahli politik tidak boleh terlibat di dalam pengurusan samada sebagai Board Member atau Pengerusi. Banyak lagi mekanisma yang boleh dilakukan sebagaimana GLC-GLC lain yang membuat pelbagai “restructuring” dan “reorganisation”. Kenapa LTH jadi pilihan?

4. Menteri berkata:

TH kini berada pada landasan yang baik dengan kedudukan kewangan yang lebih kukuh dan stabil. Jumlah deposit TH kini mencecah RM80 bilion. Kita akan menambahbaik tadbir urus pengurusan dan operasi TH melalui rangka kerja pengawalseliaan BNM untuk meningkatkan kemampanan jangka panjangnya.⠀

Jawapan saya:



LTH perlu meneruskan agenda pemerkasaan agenda ekonomi umat Islam dengan jumlah wang RM80 billion ini, iaitu dengan membuat pelbagai pelaburan dan pembelian asset-aset strategik negara. Jika diletakkan di bawah seliaan BNM dan disenaraikan sebagai institusi kewangan, ini bermakna akan ada banyak sekatan yang akan dikenakan sebagaimana institusi kewangan yang lain. LTH tidak lagi bebas untuk mengembangkan perniagaannya. Secara automatiknya, kekuatan ekonomi umat Islam akan terbatas malah mungkin lumpuh.

5. Menteri berkata:

Dengan meletakkan TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan (prescribed Islamic financial institution) di bawah seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759], kita akan menambahbaik tadbir urus pengurusan dan operasi TH melalui penetapan dan penguatkuasaan amalan-amalan tadbir urus yang kukuh, merangkumi aspek pengurusan risiko, pematuhan Syariah, integriti serta amalan baik pasaran. BNM juga mempunyai:⠀

Islamic Financial Services Board (badan piawaian kewangan Islam antarabangsa dan OIC) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. ⠀
Majlis Penasihat Shariah merangkumi cendekiawan Shariah dan individu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan berpengalaman dalam pelbagai aspek Syariah.

Jawapan saya:



LTH boleh baiki tadbir urus dalam kerangka yang ada sekarang. LTH mempunyai audit dalam dan pada masa yang sama LTH juga diaudit dan dipantau oleh Jabatan Audit Negara. Lembaga pengarah boleh juga meminta, jika perlu, pihak BNM untuk membuat Analisa terhadap prestasi LTH. Malah, LTH juga boleh melantik penasihat Syariah bertaraf dunia tanpa diletak bawah BNM. Persoalannya kenapa Menteri Kewangan beria-ia benar untuk BNM campurtangan terhadap LTH?

6. Menteri berkata:

Kajian menyeluruh oleh JPM, MOF dan TH akan dibuat untuk menilai model baharu yang dicadangkan, di samping mengambil kira kapasiti sedia ada TH termasuklah aset, liabiliti, kepakaran sumber manusia, dan lain-lain. Antara langkah penambahbaikan utama TH termasuk:⠀

Semakan semula model perniagaan TH bagi memastikan ia berdaya maju dan lestari untuk jangka panjang;⠀
Pengukuhan tadbir urus korporat dan pengawasan (oversight) oleh Anggota Lembaga TH;⠀
Pengukuhan dasar dan amalan pengurusan risiko
Pengukuhan keperluan amalan tadbir urus korporat dan Shariah berhubung penglibatan dalam urusan pelaburan dan operasi

Jawapan saya:

Kita setuju dan menyokong seabrang usaha bagi menabah baik pentadbiran LTH. Namun, jika kajian baru hendak dibuat, maka kenapa tidak tunggu kajian ini selesai baru buat keputusan? Tetapi ini buat dahulu keputusan dan kemudian buat kajian. Ini tindakan yang terbalik dan menimbulkan persoalan yang besar.



7. Konklusi
Secara umumnya kenyataan Menteri Kewangan ini tidak menjawab apa-apa persoalan yang dikemukakan oleh rakyat dan akhirnya lebih banyak keraguan yang timbul. Tetapi sebenarnya beliau hanya sekadar mengulangi semula apa yang dikemukakan di dalam kenyataan media sebelum ini.

Sekali lagi, kita memohon kerajaan mengekalkan LTH di bawah kendalian Menteri Agama bukan di bawah BNM.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
18 Julai 2021

Isu TH: Menteri tak jawab persoalan rakyat, timbul banyak tanda tanya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Lim Kit Siang kena marah

Related Articles

One Comment

  1. Kalau tak letakkan di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan Pengawal Kewangan Negara iaitu Bank Negara cuba bagi satu badan yang lebih berkemampuan dan berotoriti yang boleh mengawal selia Tabung Haji? Tak usahlah sibuk cerita maqasit syariaah seperti apa yang diulang2 oleh Mujahid semasa jadi menteri dulu dan lihat apa jadi pada Tabung Haji. Takkan tak faham, BN cuma menyelia tetapi operasi dijalankan oleh Kumpulan Pengurusan Tabung Haji yang terdiri daripada pakar dan ahli2 yang berpengalaman bukan seperti yang dilantik oleh Mujahid dan Lim Guan Eng dulu. Kenapa ramai yang suka jadi Pak Nujum bodoh seolah2 boleh meramal benda2 buruk akan berlaku pada TH.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker