Ibu kandung, teman lelaki ditahan kes dera

Ibu kandung, teman lelaki ditahan kes dera

Gombak: Kanak-kanak perempuan berusia dua dan tiga tahun ditemui dalam keadaan terabai dengan kesan lebam pada tangan, kaki, pipi dan dagu di tepi jalan di Taman Samudera, di sini, hari ini.

Kanak-kanak berkenaan ditemui orang awam kira-kira 1 tengah hari ini yang melihat mangsa bermain di kawasan itu tanpa pengawasan.



Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 1 tengah hari.

“Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak terurus. Pemeriksaan fizikal kedua-dua mangsa mendapati terdapat beberapa kesan calar dan lebam pada tangan, kaki, pipi dan dagu sebelum dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Selayang.

“Siasatan yang dijalankan mendapati kedua-dua mangsa tinggal bersama ibu kandung dan teman lelaki ibunya di sebuah rumah sewa di di Taman Samudera, Batu Caves,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zainal berkata, susulan itu, polis menahan pasangan kekasih dan seorang lelaki dipercayai penjaga kepada kanak-kanak berkenaan.



“Suspek berusia 22 hingga 35 tahun ditahan pada 9.30 malam tadi di sekitar kawasan Taman Samudera bagi membantu siasatan.

“Semua suspek akan di bawa ke Mahkamah Selayang esok bagi permohonan tahanan reman. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. HM

Ibu kandung, teman lelaki ditahan kes dera


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Najib bela Ebit Liew



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker