Tanah perkuburan Islam Seksyen 21 sibuk
Tanah perkuburan Islam Seksyen 21 sibuk
SHAH ALAM: Suasana di Tanah Perkuburan Islam di Seksyen 21 dekat sini ‘sibuk’ berbanding hari biasa, apabila deretan van jenazah dilihat keluar masuk bagi proses pengebumian jenazah COVID-19.
Tinjauan di lokasi mendapati enam van jenazah yang diiringi polis tiba di tanah perkuburan itu sekitar jam 7.40 malam, diikuti enam lag jam 9.20 malam menjadikan seramai 12 jenazah pesakit COVID-19 dikebumikan malam tadi.
Menurut penggali kubur di tanah perkuburan itu, difahamkan sebelum itu pada sebelah siang, seramai 14 jenazah pesakit COVID-19 selesai dikebumikan sejak pagi hingga jam 5 petang.
Tinjauan juga mendapati ahli keluarga pesakit COVID-19 berkumpul di luar kawasan perkuburan itu dan difahamkan hanya dua ahli keluarga atau waris dibenarkan masuk untuk melihat proses pengebumian.
Sementara itu, anak kepada seorang pesakit COVID-19 yang dikebumikan di situ, Irwan Tukiman berkata, dia terkilan apabila tidak dapat menyempurnakan pengebumian ayahnya, Tukiman Roslan,75 yang meninggal dunia Rabu lalu.
Irwan, 39 tahun, berkata, kali terakhir beliau melihat arwah ayahnya menerusi panggilan video oleh sepupunya yang dimasukkan ke wad sama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
“Ketika itu, arwah ayah kelihatan okay saja tetapi tidak sangka dia pergi meninggalkan kami pada pagi esoknya sekitar jam 7.50 pagi.
“Sebagai anak sudah pasti saya terkilan kerana sepatutnya saya yang menguruskan pengebumiannya,” katanya ketika ditemui di sini. BH
Tanah perkuburan Islam Seksyen 21 sibuk
Baca Artikel Menarik :
- Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong
- Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan
- Pembiayaan politik dan bendera putih
- Google Diminta Bayar Denda Sebanyak RM2.4 Bilion
- Tanah kubur abang aku masih merah lagi!
- Resepi Sandwich Tuna Pedas