Jangan amalkan politik tong babi – Wan Fayhsal

Jangan amalkan politik tong babi – Wan Fayhsal

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membangkitkan kebimbangan jika kerajaan hari ini akan meneruskan amalan politik naungan, iaitu menggunakan peruntukan kerajaan “untuk kawasan dan kelompok tertentu” bagi mendapatkan sokongan.

Ia selepas kerajaan menaikkan siling peruntukan sebanyak RM15 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) seperti yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) pada minggu lalu.

Wan Ahmad Fayhsal membangkitkan “politik tong babi” (pork barrel politics), iaitu amalan perbelanjaan kerajaan di tempat-tempat tertentu untuk mendapatkan atau mengekalkan sokongan.

“Seperti penyokong PH selalu hentam selama ini, BN mengamalkan cara berpolitik seperti ini bagi menjaga pengundi yang menyokong mereka. Di Malaysia, amalan ini dikaitkan dengan politik wang.

“Pengagihan projek besar dan kecil kepada para penyokong parti pemerintah, bahkan kemudian berubah kepada pengagihan projek kepada politikus tertentu.

“Politik wang sebegini mengakibatkan negeri pembangkang tidak mendapat pembangunan berbanding negeri parti pemerintah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 11 September lalu, Anwar mengumumkan peningkatan siling peruntukan itu yang bertujuan membiayai bidang keutamaan rakyat dan memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RMK12 kepada RM415 bilion.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pula menjelaskan ia antara lain akan digunakan untuk menaik taraf sekolah, jalan dan klinik yang daif.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata sudah menjadi rahsia umum sebahagian peruntukan untuk projek pembangunan digunakan untuk dana politik seperti membiayai cawangan dan aktiviti ahli politik di akar umbi.

“Dalam bidang sains politik, ini yang dipanggil ‘pork barrel politics’ (politik tong babi).

“Di negara-negara seperti Jepun, ‘politik tong babi’ dianggap buruk dan cuba dihapuskan. Misalnya, pada 1994 Jepun mengubah sistem pilihan raya untuk menghapuskan amalan ini.

“Untuk menjadi negara maju, kita mesti mengurangkan ‘politik tong babi’ dan menggalakkan politik berasaskan dasar-dasar. Banyak negara misalnya menggubal akta dana politik dan memperkenalkan sistem pilihan raya proportional representation (perwakilan berkadar) bagi menghapuskannya.

“Adakah PH akan meneruskan ‘politik tong babi’ ini?” soalnya lagi.

Persoalan sebenar kenapa PN juga mengamalkan politik tong babi semasa berkuasa?

Jangan amalkan politik tong babi – Wan Fayhsal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker