Sektor bukan keperluan diramal gulung tikar

Sektor bukan keperluan diramal gulung tikar 5 bulan lagi, dakwa Najib

Sektor ekonomi bukan keperluan diramal gulung tikar jika kerajaan berterusan melarang operasi perniagaan melebihi tempoh lima bulan, dakwa bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib membuat jangkaan itu dengan mengambil kira unjuran jangkitan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bahawa kes Covid-19 akan mula menurun di bawah 2,000 kes sekitar Nov atau Dis depan.



“Paras 2,000 kes baharu ini merupakan syarat untuk negara beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan sektor bukan perlu, aktiviti sosial dan keagamaan akan dibenar dibuka semula.

“Negara sudah dikurung dua bulan lima hari sejak PKP 3.0 bermula. Saya percaya, sektor tidak perlu tidak akan mampu bertahan jika perlu dikurung tambahan tiga bulan 23 hari sehingga lima bulan empat hari lagi,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Katanya, mengikut unjuran KKM, kes baharu dijangka melonjak ke paras 17,000 hingga 23,000 kes sehari sebelum turun semula mengikut paras vaksinasi.

“Namun dalam model KKM ini, jumlah kes baharu hanya diramal turun ke bawah 2,000 pada 7 Nov bagi senario terbaik dan pada 19 Dis untuk senario yang kurang elok,” katanya merujuk kepada syarat negara beralih ke Fasa Tiga PPN, iaitu antaranya kadar jangkitan perlu di bawah 2,000 kes.



Sehubungan itu, beliau menyarankan agar PPN diubah mengikut daerah dan negeri untuk diberi kelonggaran melihat kepada kadar jangkitan kawasan bagi memastikan sektor tidak perlu tidak ditutup begitu lama.

Kerajaan melaksanakan PKP 3.0 bermula 1 Jun lalu.

Susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan itu, kerajaan mengumumkan PPN merangkumi empat fasa dengan menjangkakan fasa pertama sekitar Jun, fasa kedua antara Julai-Ogos, fasa tiga September–Oktober dan fasa empat sekitar November-Disember. FMT

Sektor bukan keperluan diramal gulung tikar




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki tumbuk polis, conteng istana maut kemalangan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker