Sidang Parlimen khas 5 hari hanya untuk penerangan

Sidang Parlimen khas 5 hari hanya untuk penerangan

Beberapa ahli Parlimen mengkritik jadual perjalanan sidang Dewan Rakyat bermula 26 Julai ini, setelah mendapati sidang lima hari itu hanya untuk sesi “penerangan daripada menteri-menteri”.

Gambar jadual sidang lima hari itu dimuat naik di media sosial dan menunjukkan tiada sesi lain yang akan dijalankan kecuali penerangan menteri.

Antara ahli Parlimen yang menyuarakan kritikan adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) yang menyifatkannya sebagai “memalukan”.

“Apa fungsi Parlimen jika MP yang dibayar gaji puluhan ribu hanya perlu hadir untuk dengar ‘penerangan daripada menteri’? Mana hak kami untuk bersuara dan mengundi?” soalnya di Twitter semalam.

“Sudah berbulan lockdown tapi kes mencecah lebih 13,000. Saya dibayar oleh rakyat, saya mesti bawa suara mereka,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Pekan Najib Razak pula mempersoalkan jika kerajaan berdepan masalah untuk memahami titah Yang di-Pertuan Agong.

Dia berkata, Agong pada 16 Jun lalu bertitah agar sidang Parlimen bersidang secepat mungkin agar Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan.

“Jika sekadar mahu buat sidang untuk beri taklimat selama lima hari berturut-turut, maka rakamlah video untuk dimuat naik di Youtube untuk kita tonton,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berkata sidang pada 26 Julai hingga 2 Ogos ini adalah “sidang khas” manakala sidang penuh akan dibuat pada 6 hingga 30 September.

Ia akan disusuli dengan sidang pada 25 Oktober hingga 16 Disember.

Ada ahli Parlimen yang juga menyuarakan kebimbangan sidang pada 26 Julai ini hanyalah sesi untuk mematuhi titah Agong tanpa sebarang debat.

Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ia dibuat “secara olok-olok” dan partinya, Pejuang akan menimbang semula kehadiran jika tiada perbahasan akan dibuat. Mk

Sidang Parlimen khas 5 hari hanya untuk penerangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki tumbuk polis, conteng istana maut kemalangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker