PKPD 34 mukim di Selangor tak dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di negeri Selangor yang tamat pada hari ini tidak dilanjutkan.

“Sidang khas MKN telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim yang terbabit,” kata Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

MKN pada 1 Julai lalu memutuskan untuk melaksanakan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai.



Ismail, ketika itu menteri kanan keselamatan, berkata keputusan itu dibuat mengambil kira trend jangkitan yang tinggi dan meningkat serta nilai kebolehjangkitan yang berada pada tahap lingkungan 1.00.

Katanya, situasi itu membimbangkan, mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baru yang lebih ganas iaitu Beta, Delta dan Alpha.

Kes baru Covid-19 di Malaysia kini memasuki lima angka untuk tiga hari berturut-turut dengan rekod tertinggi lebih 13,000 kes semalam.

PKPD 34 mukim di Selangor tak dilanjutkan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Rafidah tanya 6 soalan kepada kerajaan

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker