Lelaki dipenjara, tipu Lazada RM562,222

Lelaki dipenjara, tipu Lazada RM562,222

SINGAPURA: Seorang lelaki didapati bersalah kerana melakukan penipuan terhadap platform e-dagang Lazada sebanyak 181,000 dolar Singapura (RM562,222) selama beberapa bulan dengan menyamar diri sebagai pembeli dan penjual yang menuntut ganti rugi.

Tertuduh, Joe Lim, 23, berdepan hukuman penjara selama 21 bulan bermula hari ini atas dua kesalahan menipu dan satu kesalahan menukar hasil jenayah menjadi harta benda.

Tiga tuduhan lain turut dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman, lapor Channel News Asia.

Mahkamah mendapati Lazada membenarkan pihak ketiga lain menjual produknya dalam platform e-dagang tersebut dan mana-mana penjual boleh mencipta akaun serta menyenaraikan senarai barangan jualan.

Pembeli membuat pilihan barangan dalam platform tersebut dan membuat pembayaran, sementara jumlah tertentu akan dikreditkan ke akaun penjual.

Selepas Lazada memaklumkan penjual mengenai pembelian itu, penjual akan menghantar barangan itu kepada pembeli sendiri atau melalui pihak ketiga Lazada.

Lazada akan memproses pembayaran kepada akaun bank berdaftar penjual selepas pembeli mengesahkan penghantaran dan resit barangan dalam laman web.

Lazada akan memproses bayaran dalam tempoh seminggu dan dimasukkan terus ke akaun penjual.

Lazada turut mempunyai polisi mengembalikan semula barangan dalam tempoh tujuh hari dan pembeli boleh memulangkan semula barangan dalam tempoh tersebut serta pembayaran akan digantikan semula.

Lim merancang skema untuk menipu Lazada pada Oktober 2019 dengan melakukan ‘penipuan pembayaran balik’.

Lelaki dipenjara, tipu Lazada RM562,222


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki tumbuk polis, conteng istana maut kemalangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker