TPM ingatkan ambil iktibar meletusnya ‘Kluster Aidilfitri’

TPM ingatkan ambil iktibar meletusnya ‘Kluster Aidilfitri’. Rakyat diingatkan supaya tidak cuba merentas negeri atau daerah sempena sambutan Aidiladha sebaliknya mengambil iktibar daripada Kluster Aidilfitri yang berlaku sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa rentas negeri dan daerah masih tidak dibenarkan setakat ini.

“Saya harap kita mengambil iktibar kes yang berlaku selepas hari raya Aidilfitri, walaupun ketika itu dari segi SOP (prosedur operasi standard) masih belum boleh rentas daerah dan negeri tetapi ramai yang curi balik, ikut lorong tikus dan sebagainya.



“Kalau kita lihat kluster rentas negeri memuncak selepas itu. Sebagai contoh kes di Terengganu dan Kelantan, seluruh keluarga dijangkiti hingga ada yang meninggal dunia.

“Harap itu menjadi iktibar kepada kita, walaupun kita pandai nak lari sekatan polis untuk balik ke kampung, kita boleh lepas dari polis tetapi mungkin tidak lepas daripada jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.



Ismail berkata, rakyat diharap terus melaksanakan kawalan kendiri bagi memastikan keselamatan diri dan jangan ada bertindak rentas negeri atau daerah.

“Saya dah kata kalau vaksin dapat diberikan kepada rakyat dan imunisasi berkelompok sudah diperoleh, pada fasa ketiga atau keempat, rentas daerah dan negeri akan dibenarkan,” katanya.

TPM ingatkan ambil iktibar meletusnya ‘Kluster Aidilfitri’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Rafidah tanya 6 soalan kepada kerajaan

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker