“Hari Ini Hari Terakhir Saya Di Suria…Saya Sayang Suria”- Issey Gagal Tahan Sebak Tinggalkan Suria FM [VIDEO]

“Hari Ini Hari Terakhir Saya Di Suria…Saya Sayang Suria”- Issey Gagal Tahan Sebak Tinggalkan Suria FM [VIDEO]

SELEPAS tiga tahun bersama Suria FM, penyampai segmen Team Pagi Suria (TPS) iaitu Issey akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan stesen radio tersebut.

Suria FM dalam satu kenytaan memaklumkan kontrak perkhidmatan Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berakhir pada 31 Julai ini namun segmen TPS pada Jumaat merupakan yang terakhir buatnya.

Menurut kenyataan tersebut lagi, Issey yang juga seorang pelakon mengambil keputusan tersebut kerana mempunyai perancangan kerjaya tersendiri dalam dunia hiburan selain menghabiskan cutinya yang masih berbaki.

“Suria FM menghormati keputusan Issey yang mempunyai perancangan kerjayanya tersendiri di dalam dunia hiburan serta mengucapkan terima kasih di atas khidmatnya selama ini sebagai penyampai di Suria FM.

“Tiada perancangan mengenai siapa yang bakal menjadi pengganti Issey buat masa ini dan segmen TPS akan kekal ke udara bersama Ajak dan Fizi Ali,” tulisnya.

Issey turut mengumumkan keputusan tersebut ketika mengendali segmen TPS bersama dua rakannya iaitu Ajak dan Fizi Ali pada pagi, Jumaat.

Untuk rekod, pelakon siri sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu memulakan tugasnya bersama stesen radio Suria FM pada 6 Ogos 2018

Dalam pada itu, Issey ketika dihubungi mStar memberitahu keputusan untuk tidak menyambung kontrak itu dilakukan dengan berat hati.

Issey bagaimanapun berkata dia mempunyai perancangan tersendiri dalam industri hiburan namun hanya akan memaklumkan mengenai perkara tersebut pada masa yang sesuai kelak.

“Hari ini hari terakhir saya di Suria. Saya sendiri yang memilih untuk tidak disambungkan kontrak di Suria. Saya sayang suria. Tapi saya buat keputusan ini sebab saya ada rancangan sendiri.

“Kenangan tiga tahun di Suria akan jadi satu memori yang indah dan cukup bermakna untuk saya dan adik-beradik di Suria.

“Insya-Allah rezeki akan ada nanti tapi macam itulah. Buat masa sekarang ini, saya ada perancangan sendiri. Saya akan beritahu pada masa yang sesuai,” ujarnya.

Suasana Sedih Jam Terakhir Team Pagi Suria

Menjengah ke hantaran terkini Issey, suasana sedih menyelubungi jam terakhir segmen itu apabila dua lagi rakan penyampainya, Ajak Shiro dan Fizi Ali gagal menahan perasaan sebak apabila kedua-duanya berkongsi kenangan bersama Issey selama tiga tahun bersama.

Malah menurut Ajak, ini adalah kali pertama dia menangis di corong radio dan di hadapan Issey kerana menghargai persahabatan dan pengorbanan sahabatnya.

VIDEO DIBAWAH:-

Bagi Fizi pula, dia begitu senang bekerjasama dengan selebriti serba boleh itu dan menghormati keputusannya untuk berundur.

Begitu juga dengan pihak Suria yang turut menghormati keputusan Issey yang mempunyai perancangan kerjayanya tersendiri di dalam dunia hiburan serta mengucapkan terima kasih di atas khidmatnya.

Ketika ini, Suria FM turut memaklumkan tiada perancangan mengenai siapa yang bakal menjadi pengganti Issey dan segmen Team Pagi Suria akan kekal ke udara bersama Ajak dan Fizi.-mSTAR

“Hari Ini Hari Terakhir Saya Di Suria…Saya Sayang Suria”- Issey Gagal Tahan Sebak Tinggalkan Suria FM [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shuk Sahar ditamatkan kontrak Hot FM

Issey minta maaf dengan Shuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker