Menara pencakar langit bergoyang kerana angin kuat

Menara pencakar langit bergoyang kerana angin kuat

Shenzen: Bangunan pencakar langit Menara SEG Plaza di selatan China yang bergoyang hingga menyebabkan orang ramai panik dan melarikan diri dalam kejadian pada awal tahun adalah disebabkan tiupan angin, kata pakar.

Menara berketinggian 300 meter di bandar Shenzhen berhampiran Hong Kong itu bergoyang secara tiba-tiba pada 18 Mei lalu menyebabkan ratusan penghuninya dipindahkan segera dan orang ramai di kawasan sekitar bertempiaran lari.

Pihak berkuasa China ketika itu memaklumkan gempa bumi sebagai punca bangunan terbabit bergoyang hingga menyebabkannya ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.

Kumpulan jurutera yang melakukan siasatan itu kemudiannya memaklumkan punca kejadian adalah disebabkan oleh gerakan angin dan juga tiang penyokong yang uzur.

“Struktur utama menara itu selamat dan boleh digunakan. Kami percaya, tiang uzur yang sudah diganti secara tidak langsung mengukuhkan struktur bangunan terbabit, selain dijamin selamat jika berdepan dengan situasi yang sama (gerakan angin),” kata kumpulan jurutera itu menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, kumpulan jurutera berkenaan juga memaklumkan, proses meruntuhkan bangunan dan baik pulih akan dilakukan pada masa akan datang.

Pakar mendapati menara berkenaan yang dibina 21 tahun lalu itu bergegar sebanyak 21 kali antara 18 hingga 20 Mei lalu.

Menara pencakar langit bergoyang kerana angin kuat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker