Tiada lagi alasan, Parlimen boleh kembali bersidang pada Mei dengan vaksinasi

PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata Parlimen boleh kembali bersidang pada Mei selepas semua Ahli Parlimen diberi vaksin.

Beliau memberi cadangan itu berdasarkan semua 220 Ahli Parlimen diberi vaksin menjelang pertengahan April dan mematuhi tempoh notis 28 hari yang diperlukan untuk persidangan Parlimen.

“Kita perlu bersedia menjelang Mei untuk mengadakan persidangan pertama untuk tahun ini. Lagipun jika spa dan salun kecantikan sekarang dibenarkan untuk dibuka di bawah PKPB, mengapa tidak Parlimen,” katanya kepada FMT, sambil menambah tiada kluster Parlimen walaupun selepas beberapa minggu ia bersidang tahun lalu.



Awal hari ini, Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang akan ditamatkan dan diganti dengan PKP bersyarat (PKPB) mulai 5

Mac.

Mahathir tidak puas hati Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah DiRaja. .



 

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye.

Keputusan untuk menamatkan PKP adalah berdasarkan data yang menunjukkan penurunan trend kadar jangkitan Covid-19, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Tambah beliau, kebanyakan sektor ekonomi termasuk sektor perkhidmatan dan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan, seperti rias kuku dan rawatan muka, juga akan dibenarkan untuk dibuka semula.

Restoran akan dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh majlis tempatan.



Ahli Parlimen Gopeng itu menyeru speaker Dewan Rakyat Azhar Harun memulakan perancangan untuk persidangan itu kerana Setiausaha Parlimen diminta memberi notis 28 hari kepada Ahli Parlimen, sebelum sebarang persidangan dibuat.

Lee berkata, penghadang lutsinar di setiap meja Ahli Parlimen di Dewan Rakyat perlu dikekalkan, selain dari semua SOP sedia ada, untuk memastikan tiada penyebaran Covid-19.

Parlimen boleh bersidang – Mimpi Ngeri buat Muhyiddin Yassin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker