Tujuan Manusia Dan Jin Dicipta

Tujuan Manusia Dan Jin Dicipta

Pada zaman jahiliyyah, majoriti masyarakat Arab Mekah menyembah Allah di samping menyembah berhala-berhala. Tujuan mereka adalah agar berhala-berhala itu menjadi perantaraan antara mereka dengan Allah. Perkara ini telah diterangkan di dalam Surah al-Zumar ayat 3,

“Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang suci (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya”.

Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.”

Tatkala itulah Rasulullah s.a.w. diutuskan oleh Allah Ta’ala membawa risalah Tauhid. Tauhid ertinya mengesakan Allah Ta’ala dalam ibadah. Rasulullah s.a.w. telah menyeru dengan penuh dedikasi terhadap Tauhid. Al-Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan:

“Seorang lelaki dari Bani Malik bin Kinanah telah berkata: Saya telah melihat Rasulullah s.a.w. di Pasar Zil Majaz, Baginda berjalan di lorong-lorongnya seraya berkata, “Wahai sekelian manusia, sebutlah: Tiada tuhan kecuali Allah, pasti kamu akan berjaya.”

Semasa itulah Abu Jahl membaling tanah kepada Baginda dan berkata, “Jangan biarkan dia menyesatkan kamu semua dari agama kamu. Dia hanya ingin kamu semua meninggalkan tuhan-tuhan kamu dan juga al-Laat serta al-Uzza.” Rasulullah s.a.w. tidak menoleh kepadanya…’” HR al-Imam Ahmad. Disahihkan oleh al-Haithami dalam Majma’ al-Zawa’id.

Begitulah juga jawapan masyarakat Arab Jahiliyyah, enggan menerima dakwah Tauhid dan enggan menyebut Kalimah Tauhid walaupun tidak susah untuk disebut.

Persoalan yang timbul di sini ialah, kenapa mereka enggan menyebutnya? Bukankah mudah sahaja untuk mereka menyebutnya?

Begitulah hakikatnya, setiap bahasa itu membawa erti dan maksud. Justeru, apabila erti dan maksud Kalimah Tauhid ini menyalahi pegangan masyarakat Arab Jahiliyyah, mereka dengan keras menolak untuk menyebutnya. Bak kata pepatah Melayu, ‘Kata mesti dikota’, masyarakat Arab Jahiliyyah enggan menyebut kata ini kerana mereka enggan mengotakannya.

Apakah erti dan maksud Kalimah Tauhid ini, atau Kalimah Syahadah yang secara literalnya boleh diterjemahkan kepada “Tiada tuhan selain Allah”?

Al-Fairuzabadi rahimahullah, dalam al-Qamus al-Muhit telah menjelaskan bahawa perkataan ‘ilaah’ dalam Bahasa Arab berasal daripada kata terbitan ilaahah, uluuhah dan uluuhiyyah dengan membawa maksud ibaadah.

Seterusnya, al-Razi, dalam al-Sihah pula menjelaskan bahawa ilaah adalah atas wazan fi’aal membawa maksud maf’ul. Justeru ilaah ialah ma’bud (yang disembah) sama sahaja seperti imaam membawa maksud mu’tammun bihi (yang diikuti).

Perkara inilah yang dijelaskan oleh Allah dalam Surah Luqman: 30,

“Demikianlah, kerana sesungguhnya Allah, Dialah yang hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah, itulah yang batil; dan sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha besar.”

Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah telah menjelaskan ayat ini dengan berkata maksudnya,

“Sesungguhnya Dia telah menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya agar kamu semua menjadikan tanda-tanda itu sebagai petunjuk bahawa Dia adalah al-Haq (Maha Hak/ Benar) iaitu yang wujud secara hak, yang disembah secara hak. Semua yang selainNya adalah batil.

Dialah yang Maha Kaya yang tidak memerlukan kepada selainNya. Setiap sesuatu memerlukanNya kerana semua yang berada di seluruh petala langit dan di bumi adalah ciptaanNya dan hamba-hambaNya…”

Sedikit penjelasan di atas telah menghuraikan kepada kita bahawa hak untuk disembah adalah untuk Allah Ta’ala sahaja. Perkara inilah yang Allah jelaskan sebagai tujuan Dia mencipta jin dan manusia. Firman Allah dalam Surah al-Zariyat: 56,

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu (mengabdi kepada-Ku).”

Oleh itu, dapatlah kita ringkaskan bahawa maksud yang paling tepat dan terperinci untuk Kalimah Tauhid “Laa ilaaha illallaah” ialah, (Tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah) iaitu menolak hak ibadah daripada yang selain Allah dan menetapkan hak itu untuk Allah sahaja tanpa menyekutukanNya dalam ibadah sebagaimana tiada sekutu bagi Nya dalam kerajaanNya. Utv

Tujuan Manusia Dan Jin Dicipta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker