Jangan Dibuang Botol Air Yang Lama Tak Diguna Dan Berbau Hapak! Ada Cara Mudah Untuk Mencucinya

Jangan Dibuang Botol Air Yang Lama Tak Diguna Dan Berbau Hapak! Ada Cara Mudah Untuk Mencucinya

SEIRING dengan berjalannya waktu, botol minuman plastik pasti akan menjadi kusam dan adakalanya nampak berkerak. Apatah lagi ketika ini kebanyakan botol air dibiar tanpa digunakan kerana anak-anak hanya belajar di rumah.

Botol plastik yang terbiar dalam tempoh yang lama bukan sahaja membuatkan warnanya pudar tetapi meninggalkan bau hapak.

Sebenarnya ini bukan masalah besar sebaliknya ada beberapa cara boleh dilakukan untuk menghilangkan bau hapak itu.

1. Perah lemon

Langkah pertama yang boleh dilakukan adalah memerah sedikit jus lemon ke dalam bekas plastik dan campurkan sedikit air bagi melarutkan jus itu.

Goncang bekas minuman agar jus dapat merata di permukaan bahagian dalam dan biarkan selama 30 minit ke satu jam.

2. Masukkan beras

Selepas sejam, masukkan beras ke dalam botol plastik yang berisi jus lemon dan tambah air di dalamnya. Goncang dengan kuat botol itu dan biarkan ia seketika.

3. Goncang botol

Selepas itu goncang botol dengan kuat bagi membolehkan bahan-bahan di dalam bekas plastik itu dibersihkan. Selepas itu biarkan selama 10 minit sebelum dicuci seperti biasa menggunakan sabun dan air bersih.

Jangan Dibuang Botol Air Yang Lama Tak Diguna Dan Berbau Hapak! Ada Cara Mudah Untuk Mencucinya


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu

Agong mahu keabsahan PM baru diuji di parlimen

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker