Musuh kucing adalah kucing lain – Shabery
Musuh kucing adalah kucing lain – Shabery
‘Musuh’ kucing adalah kucing yang lain, bukan anjing – Shebery
Kiasan ringkas yang dikongsikan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek menarik perhatian para pengikutnya kerana didakwa mempunyai maksud tertentu.
Dalam perkongsiannya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, beliau pada satu ketika ada 12 ekor kucing di rumahnya.
Semuanya kucing jalanan.
Meskipun begitu, pada satu peringkat kucing-kucing itu perlu diasingkan kerana kerana ada alpha jantan yang tak boleh tengok jantan lain dan mesti bergaduh.
Katanya, dulu beliau ingat musuh kucing ialah anjing.
Namun realitinya musuh kucing adalah kucing yang lain.
Walaupun beliau menceritakan kisah kucingnya, tetapi pengikutnya-pengikutnya mengaitkan kisah itu dengan politik dalaman UMNO.
Seorang pemilik akaun, Mohd Shukri Shaari berkata: “Faham Dato’…..dalam UMNO ada musuh…patut di asingkan juga Dato’…kami percaya Dato’ blh bagi tip pada tuan presiden bagaimana cara blh asingkan kucing yg acah-acah berani lwn presiden dan UMNO..”.
Manakala Rohana Ariffin pula mengulas: “Musuh yang serupa dan sama group rupanya . Ramai …..tapi sukar dikenali dari rupa paras”.
Saharudin Japarudin menambah: ”Pikir musuh umno itu pkr.. Rupanya musuh umno adalah org umno sendiri.. Bgitu jugalah melayu”.
Sementara, Mohd Taufik berkata: ”Yer…mcm dlm parti umno skrg…sama2 pemimpin umno jadi musuh & ada yg siap jadi jurucakap kpd musuh umno…”. MG
Musuh kucing adalah kucing lain – Shabery
Baca Artikel Menarik :
- Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai
- Lakukan Gencatan Politik, Tumpu Kepada Rakyat – TMJ
- Saya tak ada masalah dengan presiden – Tajuddin
- Musang king dah kena tebang, ‘rasuah king’ bila lagi?
- Minta maaf, tak boleh beri kenyataan – Fiza
- Resepi Mee Sup Siam Wajib Cuba
You must be logged in to post a comment.