UMNO lucutkan keahlian Harrison

Jadi calon PN, timbalan ketua Umno Sungai Buloh lucut keahlian

UMNO lucutkan keahlian Harrison

Keahlian Timbalan Ketua Umno Sungai Buloh, Harrison Hassan dilucutkan secara automatik kerana menjadi calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Jeram, kata Presiden Zahid Hamidi.

Ditanya jika Harrison pernah memohon keluar parti, katanya, beliau tidak dapat maklumat itu, tetapi hanya mendengar khabar angin dia akan bertanding atas tiket parti lain.



“Saya sudah dengar (khabar angin) sebulan lalu, jadi saya tidak terkejut dengan perkara itu.

“Kita hanya memerlukan ahli yang taat kepada parti, jika mereka lebih taat kepada parti lain, maka itu pilihan dibuat individu berkenaan,” katanya menurut Utusan Malaysia dalam sidang media di Putrajaya.

Malam tadi, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu bertanding di 56 kerusi pada PRN Selangor, di mana Bersatu meletakkan 12 calon, diikuti PAS (17), Gerakan (lapan) dan 10 calon mewakili Bersatu-Bersekutu, iaitu satu daripada sayap Bersatu. FMT

UMNO lucutkan keahlian Harrison



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan



Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker