Suhaili sekolahkan Razali

Speaker tentukan kedudukan kami, bukan Bersatu

Suhaili sekolahkan Razali

Hanya speaker Dewan Rakyat dan mahkamah boleh menamatkan riwayat politik enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan perlembagaan parti, kata Suhaili Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Labuan berkata, pindaan Perlembagaan Bersatu tidak akan memberi kesan kepada mereka yang digelar “enam jahanam” kerana mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.



“Macam mana nak tamat riwayat enam Ahli Parlimen Bersatu yang sokong PMX, sedangkan untuk mengosongkan kerusi Parlimen ini adalah bidang kuasa pertama ialah speaker Dewan Rakyat…kedua mahkamah bukan perlembagaan parti,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas laporan Bersatu akan mengadakan perhimpunan agung khas 2 Mac ini untuk meminda perlembagaan parti susulan enam Ahli Parlimennya menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Anwar.

“Insya-Allah maka tamatlah riwayat ‘enam jahanam’, mudah-mudahan Bersatu kembali bangkit dan terus mara,” kata Ketua Penerangan Razali Idris di Facebook, disertai surat makluman mesyuarat itu pada 16 Feb lalu.

Selain Suhaili, lima Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).



Sambil menyifatkan kenyataan Razali tidak berasas, Suhaili berkata pindaan perlembagaan Bersatu tidak akan mengubah pendiriannya untuk kekal menyokong Anwar.

“Bila PN (Perikatan Nasional) setahun kekal jadi pembangkang dan rakyat di kawasan saya jadi mangsa, saya putuskan sokong PMX sebagai ketua kerajaan.

“Apakah saya patah balik sokong PN kerana Bersatu pinda perlembagaan? Jawapan saya tidak,” katanya.

Suhaili juga sedia berdepan PRK jika ia diadakan dan akan mempertahankan kerusi Labuan disandangnya.



“Walaupun PRK diadakan saya akan lawan dan buktikan saya menang bukan kerana PN, menang kerana orang Labuan mahu saya jadi wakil rakyat mereka,” katanya. FMT

Suhaili sekolahkan Razali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin



Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker