Messi akhirnya rasai nikmat kejuaraan bersama Argentina

Messi akhirnya rasai nikmat kejuaraan bersama Argentina. Lionel Messi akhirnya merangkul trofi pertama bersama pasukan negaranya selepas jaringan tunggal Angel Di Maria membolehkan Argentina menumpaskan penyandang juara, Brazil 1-0 dalam final Copa America, sebentar tadi.

Kemenangan di Stadium Maracana itu menamatkan penantian panjang Argentina untuk merangkul trofi utama selepas 28 tahun, malah mengakhiri rekod tanpa kalah Brazil di tempat sendiri sejak 2,500 hari.

Argentina akhirnya merasai nikmat kejuaraan pertama sejak 1993 iaitu ketika jaringan Gabriel Batistuta membawa mereka menumpaskan Mexico 2-1 dalam final Copa America di Ecuador.

Bagi Messi, 34, selepas memiliki deretan trofi bersama Barcelona, dia akhirnya mampu berbangga menjulang kejuaraan bersama skuad kebangsaan, sekali gus menjadikan mereka pasukan yang harus diberi perhatian pada Piala Dunia 2022 di Qatar.



Bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, Neymar, 29, pula masih gagal memiliki trofi utama bersama Brazil. Ketika negaranya muncul juara dua tahun lau, dia tidak beraksi kerana kecederaan.

Jaringan Di Maria pada minit ke-22 menghancurkan hati Brazil yang cemerlang sepanjang kempen kejohanan dan dianggap pilihan untuk mempertahankan kejuaraan.

Pemain sayap berusia 33 tahun itu menerima hantaran cantik Rodrigo De Paul sebelum menewaskan gol penjaga gol Brazil, Ederson.

Messi boleh menambah jaringan ketika perlawanan berbaki dua minit, namun gagal menewaskan Ederson biarpun berada dalam situasi satu lawan satu. – AFP



Messi akhirnya rasai nikmat kejuaraan bersama Argentina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


7 kegagalan PN yang tidak dapat dinafikan

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker