Lelaki cemburu tikam isteri sebelum bunuh diri

Lelaki cemburu tikam isteri sebelum bunuh diri

Seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya dengan menikam mangsa sehingga mati, sebelum dia membunuh dirinya, dipercayai bermotifkan cemburu dalam kejadian di Taman Kimsar, Perai, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Rahimi Mohd Ra’ais berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada anak lelaki pasangan tersebut yang berusia 28 tahun pada 3 petang tadi yang memaklumkan menemui mayat ibu dan ayahnya di rumah tersebut.

“Sepasukan polis terus ke lokasi kejadian dan pemeriksaan menemui mayat seorang wanita dengan tiga kesan tikaman di bahagian leher, dada dan perut mangsa di dalam bilik di rumah didiami pasangan tersebut. Wanita itu berusia 54 tahun.

“Manakala mayat lelaki, iaitu suami wanita itu ditemui di bahagian dapur dalam keadaan tergantung, dipercayai dia bertindak sedemikian (bunuh diri) selepas membunuh isterinya dengan cara menikam mangsa. Suspek berusia 65 tahun,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Hasil siasatan awal, katanya, polis tidak menolak kemungkinan kejadian bunuh dan bunuh diri itu berpunca daripada perselisihan faham dan cemburu membabitkan pasangan suami isteri tersebut.

Rahimi berkata, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Pasangan suami isteri itu tidak bekerja dan menurut anak lelakinya, anak-anak yang menyara ibu dan ayah, malah mereka tinggal tidak jauh dari rumah pasangan tersebut.”

Katanya, mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FMT

Lelaki cemburu tikam isteri sebelum bunuh diri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker