Gara Gara Salah Faham Ezad Lazim Dan Isteri Dihubungi Pihak Polis, Dakwa Dera Anak
Gara Gara Salah Faham Ezad Lazim Dan Isteri Dihubungi Pihak Polis, Dakwa Dera Anak
Gara-gara salah faham, isterinya kepada penyanyi Ezad Lazim telah dihubungi pihak polis selepas menerima laporan bahawa dia dan juga suaminya telah mendera anak bongsu mereka, Putera Muhammad Darwish, 6, sehingga mengalami kecederaan di kepala.
Menurut Ezad atau nama penuhnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 41, dia tidak tahu siapa yang membuat laporan kepada pihak polis atas tuduhan mendera anak, namun yang pasti perkara itu hanya salah faham sahaja.
“Assalamualaikum. Saya pun tidak sangka isteri saya dapat panggilan daripada pihak berkuasa. Katanya dapat laporan tentang kami telah melakukan penderaan terhadap anak kami.
“Sebabnya semakam tular video dan gambar anak lelaki kami mengalami pendarahan yang banyak di kepalanya. Seperti yang telah saya maklumkan semalam dalam media sosial, bahawa anak saya bergaduh sesama sendiri (dengan anak sulung),” kata Ezad.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya, bekas vokalis kumpulan Exist itu turut memohon maaf dan mengakui kecuaian dia bersama isterinya, Nor Azeana Ramli dalam menjaga anak-anak.
“Saya dan isteri ingin memohon maaf atas kecuaian kami menjaga anak-anak sehingga terjadi perkara seperti ini (pergaduhan).
“Kadang-kadang kami terlepas pandang perkara sebegini bila berada di rumah,” ujarnya.
Pada masa sama, pelantun lagu Jesnita itu berkata bahawa dia bersama isteri tidak keberatan untuk disoal siasat dan sedia memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa berhubung laporan polis yang telah dibuat terhadapnya.
“Kami sedia bekerjasama. Moga video ini dapat menjelaskan serba sedikit tentang apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.
Semalam Ezad berkongsi gambar anaknya Darwish sedang menerima rawatan akibat cedera di kepala selepas dipukul kakaknya, Puteri Rania Keisha, 9, dengan penyangkut baju.
Menceritakan semula kejadian tersebut, Ezad memaklumkan bahawa ketika kejadian, dia berada di ruang tamu manakala isterinya sedang memasak di dapur dan anak-anak di bilik tingkat atas.
Ekoran kejadian tersebut, Darwish telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan dan doktor memaklumkan luka yang dialaminya hanya kecil dan tidak perlu dijahit. -K! ONLINE
Gara Gara Salah Faham Ezad Lazim Dan Isteri Dihubungi Pihak Polis, Dakwa Dera Anak
Baca Artikel Menarik :
- Musuh Umno suka potong ayat dan reka cerita
- Najib pertahankan 3 menteri UMNO dari dipersalahkan PAS, wabak memburuk salah Muhyiddin
- SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin
- Lelaki Berisiko Mati Pucuk Jika Di Jangkiti Covid-19
- Resepi kari hijau Thai padu
- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Pun Order Barang Dari Shoppe
Ezad Lazim : Ketumbuhan Nasal Polyps, Suara Makin Sengau [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.