Pengarah drama Nur tawar bekas pramugari jadi pelakon

Instagram-Budak-Ijat

KUALA LUMPUR – Ekoran berita penamatan kakitangan melibatkan syarikat penerbangan yang tular baru-baru ini, pengarah drama terkenal Nur iaitu Shahrulezad Mohameddin menawarkan pramugari yang diberhentikan menjadi pelakon.

Menerusi Instagramnya, Shahrulezad yang memahami situasi kehilangan punca pendapatan mengajak bekas-bekas pramugari yang hilang pekerjaan supaya menghubunginya.

“Kepada kru kabin Malindo Air dan AirAsia, kami memahami situasi anda, sila mesej profil anda. Mungkin kita boleh buat uji bakat secara online.



Baru-baru ini, Malindo Air mengumumkan notis pemberhentian kerja kepada lebih 2,000 kakitangannya selepas mengecilkan saiz operasinya.

Tindakan berkenaan diambil berikutan syarikat penerbangan itu terjejas akibat pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette

Rakyat Malaysia mula dibuang kerja di Singapura



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker