Benjy Menghembus Nafas Terakhir Di Medan

Benjy Anak Allahyarham Azean Irdawaty Menghembus Nafas Terakhir Di Medan. Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy Ibrahim dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia hari ini.

Berita pemergian anak sulung kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

Menurut Khairil, Benjy, 42, meninggal dunia akibat penyakit asma yang dihidapinya selama ini.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal dunia di hospital Medan, Indonesia akibat asma hari ini,” katanya.

Terdahulu pada 2017, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Dei Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais Indonesia sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Benjy dituduh memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyi pada bahagian duburnya.

Kemudian pada 18 Oktober tahun sama, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan

Benjy Anak Allahyarham Azean Irdawaty Menghembus Nafas Terakhir Di Medan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PRU-15: Adakah PH akan berkuasa semula?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker