Nadia Brian Masih Solo Tapi Risau Trauma



Nadia Brian Masih Solo Tapi Risau Trauma

PERCERAIAN bukanlah perkara indah yang hendak dilalui oleh mana-mana pasangan di dunia.

Malah, perceraian juga boleh memberi pelbagai impak terhadap mental seseorang seperti trauma dan situasi itu yang dilalui Nadia Brian ketika ini.

Ditanya netizen tentang statusnya ketika ini, Nadia menjawab dia masih solo, namun mempunyai masalah tentang kepercayaan dalam hubungan.

“Maaf hendak tanya soalan tetapi sensitif sedikit. Nak tanya status Nadia sekarang apa ya,” soal seorang netizen dalam InstaStory pelakon Titian Takdir itu.

Balas Nadia: “Status saya masih solo tetapi sekarang ada masalah kepercayaan. Risau ditambah trauma kesan daripada kejadian lalu.”

Jika sudah mengalami pengalaman pahit seperti Nadia memang sukarlah hendak meletakkan kepercayaan terhadap mana-mana individu terutama lelaki yang ingin mendekatinya.




Mungkin juga perceraian telah mengajar Nadia untuk lebih berhati-hati memilih lelaki yang hendak dijadikan pasangan hidup selepas ini.

Sekiranya berniat untuk berkahwin lagi, semoga Nadia bertemu lelaki yang lebih baik ya. Insya-Allah.-KO

Sumber: Instagram

Nadia Brian Masih Solo Tapi Risau Trauma


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU


Muat naik foto seksi, ramai minta Nadia Brian diberi hidayah

Tolak Tawaran Hollywood – Nadia Brian Sangkal Kerana Seksi Tetapi Wajah Eksotik



Leave a Reply

Your email address will not be published.