Keabsahan Muhyiddin sebagai PM akan ditentukan minggu hadapan

Sebaran :

Keabsahan Muhyiddin sebagai PM akan ditentukan minggu hadapan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menasihati Yang di-Pertuan agar sidang Parlimen kembali dibuka minggu hadapan, bagi menentukan segera keabsahan sokongan 220 ahli Parlimen terhadap beliau.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran berkata, susulan UMNO secara rasmi menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta-merta pada Rabu, Muhyiddin pada ketika ini jelas kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen daripada parti komponen terbesar membentuk kerajaan itu.

Berikutan itu, Kulasegaran berpandangan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak memenuhi syarat utama ditetapkan bagi memegang jawatan Perdana Menteri, iaitu keperluan memiliki majoriti sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Muhyiddin tidak seharusnya melengah-lengahkan ketidaktentuan legitimasi beliau sebagai Perdana Menteri untuk tempoh lebih panjang dan sewajarnya meletakkan jawatan serta-merta.



“Kegagalan berbuat demikian akan mengheret Malaysia ke dalam situasi lebih serius iaitu kancah kerajaan gagal sebagaimana diunjurkan oleh media antarabangsa Bloomberg.

“Saya merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong untuk menasihati Perdana Menteri agar melakukan perkara bermaruah dengan meletak jawatan setelah mengambil kira kegagalan kerajaan PN menangani krisis Covid-19, ekonomi dan ketidakstabilan politik.

“Sekiranya beliau enggan, langkah terbaik adalah untuk mengadakan sidang Parlimen pada minggu hadapan supaya keabsahan sokongan terhadap Muhyiddin dapat ditentukan di Dewan Rakyat,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas implikasi keputusan UMNO yang memutuskan untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN serta-merta pada Rabu malam.



Presidennya, Ahmad Zahid menegaskan ketetapan tersebut diambil UMNO berpandukan tujuh kegagalan kerajaan PN diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

UMNO melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu turut menegaskan tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-Pakatan Harapan (PH).

Pada Jumaat, seorang kolumnis media antarabangsa Bloomberg, Daniel Moss melaporkan Malaysia kini hampir terheret ke landasan ‘negara gagal’ dalam mengendalikan krisis Covid-19.

Jelas beliau, hal ini susulan inisiatif kibaran bendera putih yang menjadi kempen popular rakyat Malaysia bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik, seolah-olah menggambarkan rakyat sudah mengaku kalah dan kecewa terhadap kegagalan kerajaan menanganinya dengan berkesan.



Keabsahan Muhyiddin sebagai PM akan ditentukan minggu hadapan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenyataan media disiapkan lebih awal daripada mesyuarat MKT

 


Sebaran :

Leave a Reply