Bas Dipandu Hilang Kawalan Bergesel Lori Tangki
Bas Dipandu Hilang Kawalan Bergesel Lori Tangki
PORT DICKSON: Empat penumpang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah lori tangki di Kilometer 8.3 Jalan Pantai di sini pada Jumaat.
Ketua Polis daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bas henti-henti dari arah Port Dickson dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar besi penghadang jalan di kanan bahu jalan.
“Dalam masa sama sebuah lori tangki dari Seremban menghala Port Dickson cuba mengelak daripada melanggar bas tersebut, namun bergesel dengan bahagian tepi sebelah kiri bas,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
“Terdapat empat penumpang dalam bas itu namun mereka tidak mengalami kecederaan dan telah beredar dari tempat kejadian selepas kemalangan,” katanya.-SH
Bas Dipandu Hilang Kawalan Bergesel Lori Tangki
Baca Artikel Menarik :
- Musuh Umno suka potong ayat dan reka cerita
- Najib pertahankan 3 menteri UMNO dari dipersalahkan PAS, wabak memburuk salah Muhyiddin
- SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin
- Lelaki Berisiko Mati Pucuk Jika Di Jangkiti Covid-19
- Resepi kari hijau Thai padu
- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Pun Order Barang Dari Shoppe
Pengusaha bas merayu bantuan dari kerajaan
Dari Bas Ekspress Ke Bas PPV, Inisiatif Penuh Efisien Di Muar Ini Raih Pujian Orang Ramai
You must be logged in to post a comment.